Phishing KWSP Website

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengenal pasti mesej tular yang mendakwa bahawa ahli-ahli yang bekerja antara tahun 1990 dan 2018 berhak mendapat insentif RM6,000 dari KWSP. KWSP menegaskan bahawa mesej tular dan kandungan laman web tersebut adalah PALSU dan tidak berkaitan dengan KWSP.

Mesej itu juga mempunyai pautan ke laman web palsu, yang meminta orang ramai untuk menjawab kaji selidik bagi menyemak kelayakan mereka untuk menerima ‘insentif’ tersebut (lihat paparan laman web palsu).

Pihak KWSP mengingatkan anda agar tidak memberi maklum balas kepada LAMAN WEB PALSU yang kini semakin tular melalui media sosial yang bertujuan memperdaya dan mencuri data akaun simpanan KWSP anda. 

emel palsu i akaun

Ingin ditegaskan bahawa laman-laman web tersebut bukanlah milik KWSP dan pengguna digesa agar TIDAK MENJAWAB kaji selidik dan TERPEDAYA dengan tawaran palsu bagi mengelakkan data peribadi anda dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

KWSP tidak pernah melantik pihak ketiga untuk menguruskan pengeluaran KWSP bagi pihak anda.

Buat masa ini tiada aplikasi yang telah dibangunkan untuk meminta maklumat ahli berkenaan permohonan pengeluaran KWSP. Muat turun serta daftar aplikasi i-Akaun KWSP dan lakukan semakan serta transaksi secara dalam talian melaluinya.

Baca juga : Pengeluaran i-Citra KWSP RM10,000 Kini Dalam Perbincangan Terakhir

Phishing KWSP

Pihak KWSP juga sentiasa menerima aduan pelbagai kes penipuan melibatkan kerugian yang besar dialami oleh ahli yang diperdaya dengan taktik penipuan licik pihak yang tidak bertanggungjawab.

Mereka sentiasa mencari helah untuk mencuri data dan maklumat peribadi anda atau lebih buruk lagi apabila terdapat ahli KWSP yang mengalami kerugian kepada wang simpanan persaraan mereka.

EPF scammer

KWSP percaya bahawa ini merupakan cubaan penipuan data peribadi ahli bagi tujuan berunsur jenayah. Ahli-ahli digesa supaya tidak klik pada pautan tersebut atau memberikan data peribadi mereka kepada mana-mana pihak ketiga yang tidak disahkan. Ahli juga diseru supaya tidak menyebarkan mesej tular tersebut.

Semua maklumat rasmi mengenai produk dan perkhidmatan KWSP hanya akan disiarkan dalam laman web rasmi KWSP di new.epf.gov.my.

Ahli-ahli juga boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-89226000 atau e-mel melalui http://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/connect-with-us/make-an-enquiry untuk tujuan pengesahan jika terdapat mesej berkenaan KWSP yang meragukan di media sosial. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge