Rusuhan Bola Sepak Indonesia

Rusuhan pada perlawanan bola sepak di Jawa Timur, Indonesia telah menyebabkan sekurang-kurangnya 120 penyokong terbunuh dan 180 lagi cedera malam tadi.

Menurut laporan media tempatan, penyokong perlawanan antara Arema FC dan Persebaya Surabaya dikepung polis pencegah rusuhan yang melepaskan gas pemedih mata selepas pergaduhan tercetus.

Gas pemedih mata menyukarkan penyokong bernafas dalam suasana kelam kabut menyebabkan mereka terpijak dan terhimpit sesama sendiri.

Penyokong Arema berang setelah pasukan mereka tewas 3-2 dalam pertembungan ‘derby Jawa Timur’ di Stadium Kanjuruhan, Malang memasuki kawasan padang untuk bertemu pemain dan pegawai.

Rusuhan Bola Sepak Indonesia Arema FC

Lebih kurang 3,000 daripada 40,000 penyokong yang hadir cuba memasuki kawasan padang, kata Ketua Polis Daerah Jawa Timur Inspektor Jenderal Nico Afinta seperti dipetik media tempatan.

Beliau berkata 34 maut di stadium dan selebihnya meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital termasuk dua anggota polis.

Menurut laporan media tempatan, ribuan penyokong Arema meluru ke dalam padang selepas pasukan mereka tewas. Beberapa pemain Arema yang ketika itu masih berada di atas padang turut diserang.

Baca juga : Mohamed Salah Kikis Perasaan Islamofobia Penyokong Liverpool

Rusuhan Bola Sepak Indonesia

Dipercayai rempuhan bermula apabila polis melepaskan gas pemedih mata ke arah orang ramai. Liga bola sepak Indonesia kini digantung seminggu. Dengan berlakunya rusuhan bola sepak Indonesia ini, Arema dilarang daripada menganjurkan sebarang perlawanan sepanjang musim ini.

Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) dilapor akan membentuk pasukan penyiasat bagi mengenal pasti punca kejadian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge