AlQuran Tak Basah Banjir Hulu Langat

Dua kitab suci al-Quran didakwa tidak basah walaupun seluruh sebuah rumah penduduk di situ ditenggelami banjir di kawasan Hulu Langat, Selangor. Begitu juga dengan sehelai Rida’ yang menjadi kegunaan mereka.

Pendakwah bebas terkenal, Ustazah Asma’ Harun menerusi video siaran langsung di Facebook yang tular di media sosial sejak Isnin berkata, peristiwa tersebut membuktikan ada keajaiban bukti kekuasaan ALLAH walaupun dilanda musibah.

“Kita nak pergi sebuah rumah, bayangkan semua rumah dah tenggelam tetapi ada al-Quran yang tidak basah. Itu keajaiban Tuhan, al-Quran tidak basah tetapi semua harta benda terbalik, terpusing dan tenggelam tetapi kitab itu tidak basah,” Ustazah Asma Harun.

Al Quran tak basah Banjir Hulu Langat

Mengulas lanjut, Ustazah Asma’ berkata, al-Quran tersebut seperti terjaga dan kering tidak disentuh air banjir.

“Antara keajaiban ini, dalam keadaan air sudah tenggelamkan rumah tetapi al-Quran selamat. ALLAH Akbar. Kita boleh tengok al-Quran ini, dua-dua kering. SubhanaALLAH. Bayangkan air dah tinggi dan kita boleh nampak meja ini ada selut.

Tuan-tuan bayangkan air dah berada pada tahap yang tinggi, dinding- dinding ada kesan lumpur dan al-Quran ini seolah-olah tidak terkena langsung air.

Baca juga : Laung Azan Ketika Arus Deras, Lelaki Syukur Rumah Tak Masuk Air Banjir

Membaca al-Quran bermakna seseorang itu sentiasa mengingati Allah SWT.

Satu perkara yang perlu sentiasa terpahat pada hati dan fikiran setiap Muslim adalah membaca al-Quran itu bukan hanya mampu memperoleh pahala bacaannya sahaja, malah ia bakal menjadi penyelamat, pelindung serta syafaat kepada pembacanya pada hari akhirat kelak.

Umamah al-Bahili meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Bacalah al-Quran. Pada hari kiamat, ia akan memberi syafaat kepada orang-orang yang membacanya.” (Sahih Muslim)

Begitulah besarnya ganjaran membaca dan mendengar al-Quran. Apatah lagi sekiranya al-Quran itu difahami dengan mendalam isi kandungannya. -SinarHarian

1 Comment

  1. Masya Allah… Inilah yang dinamakan Allah ingin menampakkan kekuasaannya secara kasat mata.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge