Ketika terjadinya bencana dan kecemasan di luar jangkaan, ramai di antara kita akan mengumandangkan azan sebagai usaha meminta perlindungan daripada ALLAH daripada bahaya.

Ternyata terlalu banyak bukti kekuasaan ALLAH yang dibuktikan dengan pelbagai insiden. Antaranya Al-Quran serta rumah diwakafkan untuk jemaah tabligh tidak dibasahi air banjir.

Sesungguhnya setiap bencana berlaku turut dikirimkan pertolongan. Perkara itu dibuktikan dengan kisah seorang lelaki dikenali sebagai Faiz yang melaungkan azan ketika air deras mula memenuhi kawasan kediaman rumahnya di Hulu Langat ketika bencana banjir besar baru-baru ini.

Setiap mangsa banjir pasti mempunyai cerita tersendiri ketika berhadapan dengan situasi getir ketika itu. Mana tidaknya, air deras yang muncul tiba-tiba telah menenggelamkan harta benda serta memusnahkan kediaman.

Menerusi satu video tular yang dimuat naik oleh laman Facebook Qathrunnada apabila seorang lelaki menceritakan keadaan rumahnya semasa air mulai naik tempoh hari.

Dalam temu bual tersebut, dia meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga apabila air deras hanya lalu sahaja di hadapan rumahnya selepas melaungkan azan ketika banjir mulai datang.

Menurutnya, ketika itu dia terus azan menghadap kiblat dan membawa anak serta isteri keluar dari rumah. Apa yang anehnya, rumah mereka langsung tidak dimasuki air sehingga membuatkan mereka tergamam.

Hal ini berbeza dengan kawasan kejiranan apabila mengalami kerugian selepas banjir susulan rumah mereka ditenggelami air bah.

Baca juga : 2 Buah Al-Quran Tak Basah, Rumah Tenggelam Banjir Hulu Langat

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan berasa takjub melihat kebesaran Allah S.W.T.

Mereka juga mengakui bahawa tindakan melaungkan azan ketika menghadapi ujian seperti bencana ini merupakan antara cara memohon pertolongan daripada Allah S.W.T agar dilindungi daripada bahaya. -Ohmymedia

2 Comments

  1. Air deras membawa bencana,
    tidak terperi dugaan ditempuh.
    Bermunajat kepada Maha Pencipta,
    agar iman semakin teguh.
    Saiful recently posted…Azam dan 2022My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge