Bantuan URUS B40 dan B50

Permohonan bagi inisiatif Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0 akan ditutup pada 31 Oktober ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, permohonan terbuka buat semua perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro yang berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), pihak berkuasa tempatan atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020, dan belum pernah menerima GKP sebelum ini.

“PKS mikro yang layak bakal menerima bantuan sekaligus berjumlah RM3,000 untuk membantu mereka dalam tempoh yang sukar ini dengan bayaran disasarkan akan dibuat mulai 25 November 2020.

“Kepada semua PKS mikro yang layak, segeralah membuat permohonan GKP ini sebelum berakhirnya tempoh permohonan pada hujung bulan ini,” katanya dalam pembentangan Laporan Laksana ke-27 Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) di laman Facebooknya.

Geran Khas Prihatin 2.0 online

Dalam pengumuman Kerangka Inisiatif Tambahan Khas: Kita Prihatin, bulan lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuka semula permohonan untuk PKS mikro melalui GKP 2.0, khusus bagi usahawan yang tidak berpeluang mendapat bantuan melalui inisiatif GKP sebelum ini.

Inisiatif GKP 2.0 dijangka dapat memanfaatkan lebih 200,000 peniaga dengan membabitkan peruntukan hampir RM600 juta.

Di bawah pakej Prihatin PKS Tambahan yang diumumkan April lalu, kerajaan menyediakan GKP khusus untuk membantu mereka meringankan beban kewangan akibat penularan wabak Covid-19.

Wang Bantuan

Permohonan GKP 2.0 dibuka mulai 1-31 Oktober 2020 (1 bulan). Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan mulai 15 November
2020.

Baca juga : Cara Mohon Geran Khas Prihatin RM3000 untuk PKS

Siapakah yang layak memohon GKP 2.0?

1. Memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:

a. Bukan penerima GKP sebelum ini; dan

b. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan

c. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana
(PKS) mikro seperti berikut
:
i. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada
RM300,000; dan
ii. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak
termasuk pemilik; dan

d. Berdaftar dengan agensi-agensi berikut;
i. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum
atau pada 31 Ogos 2020 ; atau
ii. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020; dan

e. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP
(https://gkp.hasil.gov.my) yang disediakan oleh LHDNM. Permohonan secara manual tidak akan diterima.

Subscribe
Notify of
guest

CommentLuv badge

21 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Jesse Jebaraj s/o Densen
Jesse Jebaraj s/o Densen
4 years ago

saya sudah baca 100x tapi saya tak dapat masuk laman ini. Sehingga hari ini saya cuba macam-macam langkah tetapi error error juga 🙁

kalau sesiapa yang baca komen saya, minta jasa baik tuan/puan supaya mendorong atau membantu saya.

016-6779183

Jesse Jebaraj s/o Densen
Jesse Jebaraj s/o Densen
4 years ago

Tarikh Mula Berniaga: 19-04-2016
Nama : JC PRINITING PRESS
No. Pendaftaran : NS0162995-D)
Alamat: 4690 Jalan TS 1/1, Taman Semarak 1,
71800 Nilai, Negeri Sembilan

sharizan b shafie
4 years ago

Permohonan bru bpn

Zai Rashidi bin abd razak
Zai Rashidi bin abd razak
4 years ago

Saya telah Cuba banyak kali tapi Tak berjaya.apakah Saya tidak layak, company dah bayar cukai lebih 30 tahun.sila bantu

karimah
karimah
4 years ago

bantu saya ..golongan oku..mental ..saya mahu buat rayuan GKP 2.0..mohon

FATIMAH ABDULLAH
4 years ago

Kami (mutiara tailor) 94760 tebedu sarawak yang berdaftar dengan (PBT) adakah kami layak untuk mohon gkp kerana perniagaan kami sudah tiga tahun beroperasi sehinga sekarang.

Zulkifli Lie
4 years ago

Saya bekerja sbg tukang jahit di rumah dan tidak menpunyai permis perniagaan..adakah saya layak utk memohon?.tkasih.

ledy diana
ledy diana
4 years ago

masih bolehkah mohon rayu geran khas prihatin. saya baru tahu info ini saja.

ledy diana
ledy diana
4 years ago
Reply to  ledy diana

sya sangat butuh bantuan geran khas prihatin RM 3000 ini.

noorsuriawati binti sabar
noorsuriawati binti sabar
4 years ago

x dpt nak buat rayuan..sbb x boleh buka..dan peliknya kenapa boleh x lulus..alasan kod no4..pelik

Hamdiah binti Peri
4 years ago

Smoga permohonan Saya di luluskn wlaupn Saya wt bisnes kecik2 jer
Terasa gak ler payah berniaga dlm keadaan convid19 skrang..
Tpi tk tau cam ne nk eply …

Rahimi bin gonna
Rahimi bin gonna
4 years ago

mohon rayuan rm3000

Rafida bt Abd Aziz
Rafida bt Abd Aziz
4 years ago

Sy cuba buka utk rayuan gkp tpi x blh pun… Knpe ye

Rafida bt Abd Aziz
Rafida bt Abd Aziz
4 years ago

Mohon utk rayuan gkp 2.0 tp laman webnya x leh d buka

mahazir bin suhod
4 years ago

Saya terlepas pandang bantuan GKP ni… Bagaimana LHDN boleh membantu saya?

Mohhamad Amir Mohd Yusof
Mohhamad Amir Mohd Yusof
3 years ago

Saya telah momohon sejak dulu tapi x lulus agaknya mengapa, saya mendaftarkan akaun semasa Public Bank 3817511630

Mohd Yusof Ishak
Mohd Yusof Ishak
3 years ago

saya telah momohon sejak awal dulu, masih tak diluluskan ker. Akaun Semasa Public Bank 3983985713

Mar Bin tumin
3 years ago

Saya masi aktip dalam berniaga atap nipa tapi permohonan pertama saya dapat sesudah 1.0 saya dapat 2.0 kenapa pula Tidak dapat Dan seterusnya