Permohonan Geran Khas PRIHATIN RM3000 Untuk PKS Mulai 1 Mei 2020. Berita baik buat peniaga mikro PKS yang memerlukan bantuan ketika Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19.

Untuk makluman, Menteri Kewangan Malaysia mengumumkan satu bantuan khas iaitu Geran Khas PRIHATIN berjumlah RM2.1 bilion bagi semua syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Mikro yang berkelayakan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat.

Permohonan kini telah dibuka mulai 1 Mei 2020 secara atas talian melalui laman web https://gkp.hasil.gov.my.

Dalam Laporan Laksana Prihatin Kedua, YB Tengku Dato’ Sri Zafrul Aziz menyatakan bahawa permohonan Geran Khas PRIHATIN khusus untuk perniagaan mikro akan dibuka mulai 1 Mei 2020 dan diuruskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Perniagaan mikro yang layak akan mendapat RM3,000 setiap seorang/ syarikat. Bantuan ini akan memanfaatkan hampir 700,000 PKS Mikro di seluruh Malaysia.

Selain daripada Geran Khas PRIHATIN, kerajaan turut mengumumkan Program Subsidi Upah PERKESO dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat.

Baca update terkini : Permohonan Baru dan Rayuan RM3000 Geran Khas Prihatin 2.0, Oktober 2020

Permohonan Geran Khas Prihatin RM3000

GERAN KHAS PRIHATIN

Geran Khas PRIHATIN (GKP) adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan mereka yang terjejas akibat wabak COVID-19.

SYARAT KELAYAKAN

Antara syarat-syarat kelayakan Geran Khas PRIHATIN adalah seperti berikut :
1. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia.

2. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:

  • Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000
  • Jumlah pekerja kurang daripada 5 orang, tidak termasuk pemilik;

3. Berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019.

4. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

5. Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

JUMLAH

Jumlah nilai Geran Khas PRIHATIN adalah RM3,000 yang akan dibayar secara one-off.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP https://gkp.hasil.gov.my yang disediakan oleh LHDNM. Permohonan secara manual tidak akan diterima. Permohonan Geran Khas PRIHATIN dibuka mulai 1 Mei 2020 hingga 15 Mei 2020.

SEMAKAN STATUS

Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan bermula pada minggu pertama Jun 2020. Pemohon perlu membuka akaun di dalam web Geran Khas Prihatin di secara dalam talian melalui Portal GKP https://gkp.hasil.gov.my yang disediakan oleh LHDNM.

gambar sekadar hiasan

CARA BAYARAN

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon yang layak. Akaun bank mestilah aktif.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Geran Khas PRIHATIN dengan melayari portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my atau klik pada pautan soalan lazim (FAQ) GKP di http://www.hasil.gov.my/pdf/pdfam/FAQ_GKP_1.pdf.

LHDN berkata pihaknya menerima sebanyak 642,976 permohonan dalam tempoh permohonan GKP dibuka mulai 1 Mei sehingga 15 Mei, dan sebanyak 488,857 atau 76 peratus permohonan telah diluluskan.

Bakinya sebanyak 81,260 (12.6 peratus) permohonan masih dalam proses semakan lanjut agensi dan 72,859 (11.3 peratus) permohonan lagi telah ditolak.

Menurut LHDN, pemohon GKP yang diluluskan dijangka menerima bayaran secara pengkreditan terus ke akaun masing-masing mulai 15 Jun.

Semak Geran Khas Prihatin di https://gkp.hasil.gov.my/Account/Login.aspx

Semak Geran Khas Prihatin di https://gkp.hasil.gov.my/Account/Login.aspx

45 Comments

  1. selamat petang.. saya nak tanya jika number pendaftaran dan nama syarikat tidak betul macam mana saya nak tukar? sebab dia auto detect tu bukan number ssm yang betul

    1. Saya peniaga pakaian di uptown atau bazar malam…dan sy ssm tlah tamat ..adakah sy layak untk memohon kerna terkesam dengan covit19,ini salah satu2nye mata pencarian saya,,harap pihak kerajaan dapat pertimbangkan pemohonan saya bagi peniaga kecil macam saya ini.

  2. Pertanyaan, bolehkah saya buat permohonan GKP bagi syarikat saya Kymoasia Sdn. Bhd. dan persatuan sukan kami yang juga berdaftar dengan SSM?

  3. Salam,
    Macam mana nak buat pendaftaran sekiranya tiada no lesen perniagaan?
    Memandangkan hanya berkerja dari rumah.

  4. salam.saya ada mendaftar satu syarikat enterprise atas nama saya,kemudian saya ada ingin mendaftar satu lagi syarikat sdn bhd atas nama saya juga tetapi di dalam sistem ada menyatakan yang akaun telah wujud.Jadi sy tidak boleh mendaftar atas satu lagi nama syarikat.Adakah sy masih boleh mendaftar utk akaun kedua.

      1. Saya terlewat untuk memohon gkp.. boleh ke saya mohon sekarang..

        1. Saya baru dapat.maklumat.kaitan bantuan 3000 ni.saya ada memiliki sijil SSM yg sah.

      2. Saya sudah permohon v1.9 lulus tapi gagal Kredit kerana salah bank akaun number, macam mana saya dapat betulkan bank account number saya?

    1. aslmkm..
      saya ada perniagaan kedai makan kecil2an sahaja untuk menampung kehidupan harian saya dan anak2 sementelah suami tidak bekerja kerana lebih 6tahun sakit dan saya tidak mempunyai lesen peeniagaan…saya mngikuti program amanah ikhtiar malaysia..adakah saya layak memohon geran khas prihatin ini..mohon pencerahan..terimakasih.

      1. saya tak boleh nak log masuk sedangkan id dan kata laluan tepat. macam mana hah?

      2. Hi saya ada ssm tapi tak tahu macam mana nak apply bantuan ini???

  5. en lhdn
    mcm mana saya nak semak setatus geran ini ,, hari tu saya ada semak setatus dia arakan saya ke lhdn bedekatan , saya ke lhdn kota bharu dia org sana tak boleh settel kan ,, dia org bagi no 09 7459000 , empat hari sy call tak jwb ,, mcm mna sy nak tahu status geran saya ,,

  6. MACAM MANA SAYA MAHU SEMAK SETATUS GERAN SYARIKAT ?

  7. Assalamualaikum. saya nak tanya. saya belum sempat memohon. mcm mana nk pohon ye. saya baru dapat info berkenaan bantuan dari kerajaan untuk peniaga ni. harap ade respon dri pihak tuan. terima kasih

    1. Assalamualaikum..macamana nak mohon geran perihatin 3k tu..saya ade ssm mniaga kecil2 lan..sgt terkesan hampir 3 bulan cuti berniaga yg mnjadi punca utama rezeki kami..mohon bantuan dan perihatin masalah saya..terima kasih

  8. Saya ssm sudah tamat tempoh . Boleh kah Saya memohon sekarang ?

      1. Saya peniaga van Sekolah saya tak tahu boleh saya mohon sekarang tak

        1. Assalamualaikum.. Mcm mne ye sye nak mohon..sbb sye bru dapat tahu tentang bantuan ini..

          1. Author

            Permohonan sudah ditutup. Sekarang hanya proses rayuan

  9. Saya terlepas pandang tak sempat memohon bantuan geran 3K … ada peluang lagi tak untuk memohon ? Saya harap kerajaan membuka peluang kali kedua buat yang tak sempat memohon ..

  10. Assalamualaikum.Saya peniaga runcit di kampung yg ada ssm.Saya x dapat info berkaitan bantuan geran prihatin ni.Bila tahu dah tutup permohonan.Harap pihak kerajaan & yg berwajib membuka peluang utk kami yg tercicir ni.Harap dipertimbangkan.Terima kasih.

  11. saya juga terlawat utk mohon gkp
    di harap pehak kerajaan dapatlah membuka pluang untuk kami yg terlewat permohonan gkp .saya juga bukan lh celik sangat dlm ilmu IT baru nk belajar.

  12. salam saya ada ssm tapi sy telepas pandang apa yang disarankan oleh Perdana Menteri mengenai Rangsangan Pakej Bantuan Prihatin iaitu Gran Khas Prihatian Rakyat dengan objektik tiada yang tercicir untuk mendapat bantuan yang disarankan oleh Perdana Menteri,Sehubungan itu saya mempunyai ssm daftar perniagaan dengan berusaha membuat niaga kedai (kios) didalam jpj.oleh demikian adakah pihak tuan dapat memberi keperihatinan terhadak peniaga-peniaga yang masih belum mendaftarkan lagi dalam mendapat bantuan (gkp)mohon pencerahaan dengan sepenuhnya dan harap dapat lanjutkan semula tarikh permohonan.( insan Tercicir).

  13. Salam saya dah dapat jawapan tidak lulus kerana akaun tidak aktif, jika nak buat rayuan perlu tunjuk statement akaun bank. syarikat, saya dah memohon pada bank tapi disebabkan musim pkpp ni mereka perlu masa sikit utk sediakan statement syarikat jadi sehingga sekarang saya tak dapat statement bank kalau ikutkan tarikh rayuan dah tamat ada caranya utk saya mohon buat rayuan lagi …

  14. hi salam satu malaysia …nak tanya kalau permohonan rayauan masih terbuka ?


  15. Hope boleh kila defeat GKP

  16. Salam,macam mana nak buat pendaftaran sekiranya tiada no lesen perniagaan?

    1. Author

      Perlu ada semua kriteria tersebut untuk permohonan dan rayuan

  17. Just nak tanya, kalau ssm expired Dec 2019 layak mohon ke selepas renew ssm.?

  18. Saya sudah permohon v1.9 lulus tapi gagal Kredit kerana salah bank akaun number, macam mana saya dapat betulkan bank account number saya?

  19. selamat sejahtera.
    saya ada SSM dan sijil CIDB..
    Sy buat kontraktor G1 projek bawah 200 ribu.
    tp dah 3 tahun berturut pendapatan saya masih dibawah 100 ribu. tahun ni paling teruk sebab PKP . semua projek client tak jadi buat. bolehkah saya pohon bantuan ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge