234Shares

Manusia dikurniakan pelbagai nafsu termasuk marah tetapi tidak boleh dilayan atau dibiarkan berleluasa, sebaliknya ditundukkan dengan sifat sabar kerana kemarahan antara senjata yang boleh menggugat keimanan.

Islam sebagai agama indah, amat menegah umatnya daripada melayani sifat marah, apa lagi berkelakuan baran keterlaluan.

Nabi Muhammad SAW banyak kali mengingatkan umat Baginda mengenai kejinya nafsu marah yang tidak terkawal kerana ia antara pintu digunakan syaitan dan iblis dalam menguasai manusia.

pasangan gaduh

Ketika sedang rasa marah dan geram ketika bergaduh itu, ingat! Jangan buat 5 perkara ini pada pasangan anda.

1. Tengking.

Tengking-menengking ini tiada gunanya. Masa tengking itu, anda mahu pasangan anda faham apa yang anda cuba sampaikan. Tapi sebenarnya bila anda menengking itu, anda dahlah buat pasangan anda takut lepas itu mahu beliau terima point anda pula. Teknik itu, secara teorinya tidak akan mengeluarkan output yang dikehendaki.

Jadi, buang masa saja. Kalau anda tengking sebab mahu lepaskan geram sahaja, itu lagi tidak bagus. Bila tengking ini, anda akan mencederakan emosi pasangan. Nanti bila dah berbaik pun, kadang kala akan terngiang-ngiang. Kesian. Sebab marah dua minit, dua bulan teringat-ingat.

Ada juga yang menengking sesama sendiri untuk menjadi dominan dalam pertengkaran. Hmm… tak payahlah. Tiada trofi pun. Buang jauh-jauh ego anda.

2. Hentak-hentak.

Tujuan hentak-menghentak barang ini adalah untuk menunjukkan rasa kurang senang yang terbuku di jiwa. Macam protes secara terangan, cuma tak bawa sepanduk sahaja. Tapi cara ini bukan boleh menyelesaikan masalah pun.

Cara ini lebih kepada provokasi. Berdesing juga kan telinga bila orang hentak-menghentak. Lepas itu, daripada dah nak ‘cool’ dah, terus jadi marah balik. Jadi, janganlah hentak-menghentak. Kalau ada yang anda rasa kurang senang, bincang dengan pasangan. Kalau masih tengah geram sangat itu, tunggu sekejap.

3. Cakap ikut sedap mulut.

Kalau dulu anda mungkin selalu dengar, ‘Kata ketika diamuk amarah adalah kata paling benar.’ Ini bukannya betul sangat. Anda sendiri pernah marah kan? Kadang kala masa marah ini bukannya kita cakap benda yang kita betul-betul rasa sangat.

Kita sengaja cakap perkara yang boleh sakitkan hati pasangan. Kalau bergaduh, masa itulah cakap: ‘Nak clash!’, ‘Haah. I tak sayang you dah.’ dan sebagainya. Padahal, semua orang tahu anda sayang benar pada pasangan. Kadang kala ada juga yang suka cakap apa saja yang tidak berasas pun, asalkan dia menang. Tak cool lah macam ini.

Pasangan anda ini pun bijak juga. Selalunya orang yang jatuh dalam kategori ini akan menyesal selepas beberapa ketika. Tapi, kalau sekali sekala bolehlah tahan, kalau dah selalu, kasihan pasangan anda. Hati terguris lambat nak baik tau.

4. Cari ketenangan dekat orang lain.

Ada yang bagi alasan bahawa pasangan mereka tidak memahami mereka, jadi mereka kena tanya pendapat orang lain dan sebagainya. Ada yang jantina sama, ada yang jantina berlainan. Tak payah nak mengada. Jika anda ada masalah dengan pasangan, selesaikan sesama sendiri.

Kalau cari orang lain, itu bukan selesaikan masalah. Itu mencari masalah. Kalau betul-betul perlukan pendapat ketiga, bawa pasangan bersama atau rujuk kaunselor bertauliah.

5. Pukul.

Keganasan domestik ini bukan sahaja berlaku terhadap wanita. Perkara ini berlaku pada kaum Adam juga. Jadi, kalau marah-marah itu, tidak kiralah anda isteri atau suami, jangan sesekali naikkan tangan.

Baca juga : 5 Jenis Toxic Relationship Yang Perlu Dielakkan, Tak Berbaloi

Tips kendurkan marah

  • Ubah kedudukan fizikal contohnya sekiranya ketika marah dalam keadaan berdiri, tukar kepada kedudukan duduk.
  • Mengambil wuduk dapat menyejukkan hati yang menggelodak.
  • Berdiam diri daripada berlawan cakap dengan orang yang kita sedang marah.
  • Berdoa kepada Allah SWT
  • Pastikan setiap sumber makanan kita adalah halal.
wuduk tenangkan hati marah

Rasululah SAW bersabda: Sesungguhnya syaitan menyusup dalam diri manusia melalui aliran darah. (HR Bukhari)

Saat manusia marah, syaitan memasuki salur darah individu menyebabkan berlaku hilang pertimbangan akal fikiran, manakala wajah mulai merah dengan degupan jantung berlari kencang.

Tindakan itu mendorong manusia bertindak di luar kotak fikiran yang waras hingga boleh mengancam nyawa orang sekelilingnya termasuk diri sendiri.

234Shares

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge