Site icon Geng Borak

Cara Mohon Rayuan Bantuan Sara Hidup BSH 2020 Online, Tutup 6 September

duit ringgit malaysia

Bersyukur kepada mereka yang telah menerima bantuan sara hidup fasa ketiga baru-baru ini. Kepada yang tidak berjaya menerima sebarang bantuan BSH, jangan risau. Ini kerana permohonan Rayuan BSH 2020 dibuka.

Jika BSH fasa 1 dan 2 LULUS tetapi BSH fasa 3 gagal, boleh buat RAYUAN BSH FASA 3

Untuk maklumat, permohonan BSH 2020 dibuka bermula pada 7 Ogos 2020 sehingga 6 September 2020. Ini bermakna, tempoh permohonan rayuan diberikan kepada mereka yang tidak berjaya.

Peruntukan yang terlibat adalah sebanyak RM3.0 bilion dan memanfaatkan hampir 4.28 juta penerima BSH merangkumi 3.75 juta isi rumah dan 0.53 juta bujang (40-59 tahun).

Kadar BSH yang akan diterima juga mengambil kira 3.8 juta anak penerima BSH berumur 18 tahun ke bawah. Perincian nilai BSH 2020 yang diterima termasuk anak yang layak adalah seperti berikut:

Senarai Semak Dokumen Sokongan Rayuan BSH 2020

Beberapa dokumen diperlukan semasa membuat proses rayuan.

Ini bagi memastikan mereka yang merayu merupakan yang benar-benar layak mendapat bantuan ini.

Untuk maklumat lebih lanjut cara untuk membuat rayuan BSH, rujuk laman sesawang BSH untuk dapatkan panduan membuat rayuan BSH 2020 secara online.

Cara Mohon Rayuan BSH 2020 Secara Online

Permohonan Rayuan BSH 2020 secara dalam talian boleh dibuat mulai 7 Ogos 2020 hanya bagi pemohon yang berstatus Tidak Lulus dengan kod tertentu sahaja. Selain daripada status Tidak Lulus berkenaan, Rayuan BSH 2020 perlu dibuat di Cawangan LHDNM.

Sila klik  untuk keterangan Kod Alasan Tidak Lulus dan Dokumen Sokongan BSH 2020 yang perlu dibawa semasa tempoh rayuan.

Syarat-Syarat Rayuan BSH 2020

Namun rayuan ini tidak layak sekiranya  :

1. Berpendapatan melebihi RM4,000 sebulan
2. Menetap di luar negara
3. Pasangan bukan warganegara / ibu bapa tunggal / janda / duda yang tidak mempunyai anak
4. Gagal mengemukakan dokumen sokongan semasa membuat permohonan
5. Memiliki dua atau lebih perniagaan milikan tunggal
6. Memilik Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
7. Pemegang saham / pengarah syarikat
8. Memiliki kenderaan dalam negara melebihi 2,000cc
9. Memiliki kenderaan luar negara melebihi 1,400cc
10. Memiliki motosikal melebihi 500cc
11. Transaksi milikan hartanah melebihi RM500,000

Jadi , jika anda memiliki mana-mana syarat yang dinyatakan di atas sini , kemungkinan besar anda memang tidak dapat duit BSH ini.

Kaunter BSH tidak dibuka pada Cuti Hujung Minggu, Cuti Umum dan Cuti
Negeri (bagi negeri yang terlibat) kecuali tarikh pada jadual di bawah. Cawangan LHDNM yang bekerja pada hari Ahad hingga Khamis, waktu
operasi kaunter pada hari Khamis adalah sehingga jam 3:30 petang.

Bagi PKH yang tidak beroperasi pada tarikh di atas, notis pada umum akan
dipamerkan pada premis berkenaan. Masa pembukaan kaunter BSH di UTC adalah bergantung kepada jadual waktu operasi UTC di sesuatu tempat.

Masa pembukaan kaunter adalah tertakluk kepada pindaan

Maklumat Lanjut Borang Rayuan BSH 2020

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan permohonan dan rayuan BSH 2020 Fasa 1 & 2 dan BSH Fasa 3 serta semakan BSH/ akaun bank, pemohon boleh menghubungi nombor dan maklumat yang tertera di bawah:

1. Sekretariat BSH

2. Hotline BSH LHDNM

3. Hotline BSH MOF

4. e-Mel

5. Laman Web

Selamat membuat permohonan rayuan melalui Borang Rayuan BSH tahun 2020 untuk pemohon yang gagal atau ditolak permohonannya. Diucapkan semoga permohonan rayuan yang dibuat berjaya diluluskan sekaligus anda dapat menerima Bantuan Sara Hidup.

Exit mobile version