Pasangan berpisah 1

Abusive relationship bukan hanya merujuk kepada penderaan dalam hubungan percintaan yang secara fizikal saja. Penderaan secara mental dan emosi pun dikira abusive.

Hubungan sebegini memang boleh mengelirukan serta membebankan hidup anda. Malangnya sesetengah orang tak perasan yang mereka sebenarnya berada dalam situasi itu. Perasaan sayang mereka mungkin membutakan mata mereka walaupun mereka sebenarnya teraniaya.

Walau bagaimanapun, kesihatan emosi lebih patut diutamakan untuk kebaikan anda dalam jangka masa panjang.

Dan itu sebabnya anda perlu alert dengan keadaan dalam hubugan anda bersama teman istimewa.

menangis

Jika anda tak tahu bagaimana untuk identify sama ada anda berada di dalam hubungan yang toksik sebegini, di sini ada 10 tanda-tanda yang biasa dialami.

1. Anda mengelak daripada terkena tempias bad mood teman anda

Kadangkala teman anda tengah bad mood. Tak pasal-pasal anda pun boleh jadi mangsa kemarahannya padahal anda tak buat salah pun. Jika anda cuba mengelak daripada berada di sampingnya ketika anginnya tak elok, ini bermakna hubungan anda tak sihat.

2. Anda dikatakan pentingkan diri sendiri

Teman anda akan mengawal ketat minda anda. Bila anda meminta sesuatu daripadanya, anda akan dilabel sebagai selfish atau dikatakan tak bertimbang rasa. Ini akan membantutkan segala hajat untuk menyuarakan apa-apa keinginan kepada teman anda.

3. Anda akan mula jauhi diri daripada ahli keluarga

Lama-kelamaan anda akan mula avoid daripada berjumpa ahli keluarga anda, kerana anda risau mereka akan perasan sesuatu yang tak kena dengan perangai anda atau hubungan anda dengan teman.

skuter kuning

4. Anda selalu dipersalahkan

Tak kiralah anda salah atau betul dalam sesuatu perbalahan itu, teman anda gerenti akan salahkan anda. Situasti sebegini boleh rosakkan kesihatan mental, lebih-lebih lagi bila anda tak patut pun terima sebarang tomahan.

5. Teman anda tak berikan kasih sayang semata-mata untuk “mengajar” anda

Teman anda tahu yang anda tak boleh hidup tanpanya. Dengan alasan yang dia nak “ajar” anda supaya mengikuti arahannya, dia sengaja tak menyayangi anda. Anda boleh jadi gila kerana dia mengawal kekuatan emosi anda dengan ketat.

6. Teman anda menggunakan bahasa kasar atau membuli anda

Katakanlah anda berjaya dalam hidup. Daripada rasa gembira untuk anda, teman anda akan mencari jalan macam-macam untuk buat anda rasa down. Taktik ini digunakan untuk menjatuhkan harga diri anda. Ini juga dipanggil verbal abuse dan akan menjejaskan mental dan emosi anda.

pasangan milenia

7. Anda rasa powerless di samping teman anda

Teman anda tak lihat anda sebagai seseorang yang equal atau sama taraf dengannya. Dia akan buat anda rasa seperti anda seorang yang kerdil dari segi emosi dan mental. Kononnya dia lebih berkuasa dalam hubungan anda berdua.

8. Anda sering diugut

Mungkin hubungan anda belum lagi sampai tahap penderaan secara fizikal tapi ugutan secara pertuturan pun lebih kurang bahayanya. Ia boleh menyebabkan keresahan teruk, dan anda akan mula menjauhi diri daripada keluarga atau kawan-kawan.

9. Sifat cemburu teman anda teruk sangat

Dalam setiap hubungan percintaan itu, biasalah kalau salah seorang daripada anda merasa cemburu, tapi ia ada batasnya. Contohnya, disebabkan perasaan ini, anda mungkin akan berhenti bercakap dengan seorang kawan yang anda dah kenal lebih lama daripada teman istimewa anda. Kadangkala anda elak daripada melakukan sesuatu aktiviti hanya kerana anda tak nak naikkan kemarahan teman anda.

10. Teman anda ada affair dengan individu lain

Apabila teman anda tak setia, anda akan rasa patah hati terutamanya jika anda dah habiskan semua tenaga dan masa untuknya. Walaupun dia kata dia dah tak berjumpa dengan orang ketiga itu, anda tetap akan rasa paranoid. Lama-kelamaan ini boleh membahayakan kesihatan anda.

lembutkan hati pasangan

Sesetengah mereka yang terlibat dengan hubungan toksik ini bukan tidak mahu keluar dari hubungan tersebut tetapi mereka tidak tahu adakah mereka ini terlibat dengan hubungan toksik yang sebenarnya ataupun tidak. Bahkan ada juga yang takut serta tidak tahu bagaimana hendak keluar dari hubungan seperti ini.

Jangan terus menyeksa diri anda dengan hubungan yang tidak bahagia seperti ini. Anda juga berhak untuk hidup bebas dan bahagia. Jangan kerana takut, dan sayang anda sanggup menjadi hamba kepada hubungan sebegini.

Ada yang masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com  secara PERCUMA.

Seramai 508,253 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com  dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge