Zizan Razak

‘Ceria Megastar 2020’ kembali dengan bakat-bakat luar biasa tahun ini! Program realiti aneka bakat ini bukan sahaja menampilkan kehebatan dari segi vokal, malah terdapat  juga Megastar (peserta) yang membawa bakat sebagai ‘Manusia Kalkulator’, ahli silap mata, membuat lakonan berkonsepkan muzikal, pemain dram professional dan ramai lagi!

Minggu pertama bagi ‘Ceria Megastar 2020’ kicked off with a bang dengan pelbagai persembahan yang memukau dari 10 Megastar dalam satu pertaruhan untuk menjadi Peserta Sepuluh Teratas.

Membawa sedikit kelainan bagi ‘Ceria Megastar 2020’ kali ini adalah Konsert Penentuan 1 dan 2, di mana pada minggu pertama dan kedua ‘Ceria Megastar’, kesemua 20 peserta akan berentap bagi menempah tempat di pentas utama (dibahagikan kepada 10 peserta untuk setiap episod).

ASTR1702

Hanya 10 peserta terbaik akan dipilih berdasarkan markah paling tinggi yang diadili 100 peratus oleh pihak juri. Pengumuman nama 10 peserta yang bakal ke peringkat seterusnya akan dibuat pada segmen terakhir episod kedua.

Pada ‘Konsert Penentuan 1’ yang diadakan pada Sabtu, 29 Februari lepas, para Megastar diadili oleh juri tetap Zizan Razak dan Ernie Zakri, bersama juri jemputan, Shuib Sepahtu! Episod pertama ini diceriakan oleh persembahan dari Megastar Yaaswin (Manusia Kalkulator), kumpulan VC, dan Aqeesh (dua-dua membawa bakat nyanyian dan tarian), Haiqal (ahli silap mata), El & Ranea (lakonan muzikal) , Kowachee (tarian), Amira (pemain dram professional) , Adam (tarian Latin),  Nana dan Timah (dua-dua membawa bakat nyanyian).

ASTR1493

Minggu ini, ‘Konsert Penentuan 2’ pula bakal menyaksikan persembahan dari kumpulan 2 Devotionz dan Ija (tarian), kumpulan Group 17 (lakonan), kumpulan Caspian (lompat tali) , serta para vokalis serta Hazury, Adinda, SeraAliff & Cici, kumpulan Kalyssa, dan Erissa!

ASTR1069

Siapakah yang bakal menempah posisi selamat sebagai Peserta Sepuluh Teratas? Saksikan ‘Konsert Penentuan 2 Ceria Megastar 2020’ yang akan bersiaran secara langsung dari Studio Visual Three di Seri Kembangan hari Sabtu, 7 Mac 2020, jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Ceria (611) dan Ceria HD (631), bersama hos, Raja Azura! 

ASTR1444

Program realiti yang mencari bakat terunggul dalam kalangan terbaik ini juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge