Penipuan atau scammer ketika ini semakin berleluasa tanpa mengira situasi dan sudah tidak asing lagi.
Malah penipuan melalui telefon juga semakin menjadi-jadi apabila bilangan mangsa meningkat setiap hari.
Ditambah pula disaat negara kita sedang berjuang untuk menghalang penyebaran virus Covid-19, terdapat segelintir individu yang cuba mengambil kesempatan atas masalah ini.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini melancarkan sebuah halaman khusus bagi memudahkan pengguna menyemak beberapa info, sekaligus dapat mengelak menjadi mangsa penipuan dan scam.
Aplikasi tersebut dikenali sebagai “Check Scammers CCID”, bertujuan untuk membantu anda membuat semakan terlebih dahulu berkenaan sesuatu nombor akaun bank atau nombor telefon bagi mengelakkan anda menjadi mangsa penipuan.
Melalui aplikasi tersebut, apabila pengguna melakukan semakan, paparan maklumat yang tertera akan membolehkan anda mengetahui sama ada akaun bank atau nombor telefon berkenaan mempunyai rekod polis ataupun sebaliknya.
Ini boleh meningkatkan lagi kepercayaan sekaligus dapat mengelakkan anda daripada menjadi mangsa.
Untuk anda yang menggunakan peranti Android dan kerap melakukan pembelian atas talian, anda boleh menyemak menggunakan aplikasi “Check Scammers CCID” ini.
Sehubungan itu orang ramai perlu lebih berwaspada jika terdapat sebarang panggilan yang mahukan anda membuat sumbangan atau dana atas nama bantuan Covid-19 kerana ia mungkin penipuan terancang.