Basikal di lebuh raya

Banyak jenis dan kelazatan makanan di negara ini sukar ditolak sesiapapun. Jika tidak pandai mengawal gaya pemakanan, anda mungkin berisiko tinggi menghadapi masalah berat badan akibat makan terlalu banyak dan tidak mengambil langkah berjaga-jaga.

Berat badan berlebihan adalah hasil daripada pengambilan kalori yang berlebihan daripada kadar tenaga keperluan harian di dalam badan. Rutin harian yang hanya duduk di pejabat atau di rumah dan kurang melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam menguatkan lagi faktor pertambahan berat badan.

Lebih-lebih lagi ramai yang bekerja dari rumah semasa musim PKP tempoh hari. Jadi, mesti ramai yang nak kembalikan badan ke bentuk yang asal kan? Jom lah kita, azam awal tahun baru ni.

Teraso Salai Famous Food Blogger

Mula-mula sekali kita buat kiraan gunakan Body Fat Calculator.

Gunakan kalkulator ini untuk menganggarkan lemak badan kalian dengan cepat. Kita boleh mendapatkan anggaran asas dengan memasukkan ketinggian, berat, umur dan jantina. Untuk hasil yang lebih terperinci, kita boleh menggunakan pita ukur untuk mengukur badan anda.

Kalkulator ini mengembalikan jisim badan tanpa lemak (LBM), jisim badan lemak (FBM), peratus lemak badan dan klasifikasi badan.

Keghairahan untuk makanan tidak selalu diterjemahkan kepada diet yang sihat. Ramai orang yang merasai nikmatnya namun apabila ia tidak terkawal, ia akhirnya akan menjejaskan kesihatan anda.

Body fat calculator

Itulah sebabnya penting untuk menjejaki berat badan, terutamanya jisim lemak badan anda. Untuk menganggarkan peratusan lemak badan anda, gunakan kalkulator di atas.

Bagi yang nak lebih details, korang boleh gunakan Weight Loss Calculator.

Lebih banyak yang boleh dapat kita ketahui. Isikan semua detail seperti jantina, tinggi, umur, berat dan kekerapan senaman yang kita lakukan.

weight loss calculator
Kiraan daripada Weight Loss Calculator

Untuk turunkan berat badan dan kandungan lemak dalam badan, bukan sesuatu yang mudah. Bukan hanya dengan berlapar tidak makan untuk jangkamasa yang lama. Namun kita perlu tahu berapa kalori yang badan kita perlukan pada setiap hari.

Sebaiknya, elakkan makan makanan yang banyak lemak dan berminyak di samping mengamalkan pemakanan seimbang.

Ini kerana, berat badan yang berlebihan atau obesiti tanpa disedari akan meningkatkan risiko kesihatan dan masalah lain seperti penyakit angin ahmar (strok), tekanan darah tinggi, sesak nafas, kencing manis, rasa rendah diri dan radang sendi tulang.

Bagi mereka yang mahu menurunkan berat badan, ia sebenarnya boleh dilakukan dalam tempoh cepat menggunakan cara betul agar tiada kesan sampingan yang memudaratkan. Banyak tip yang dikongsikan di Workout Calculator untuk kita ikuti seharian.

kalkulator kira BMI
berbasikal workout

Banyak tips yang dikongsikan untuk buat workout ni. Antara yang aku suka dan rasa mudah adalah jumping jacks atau lompat bintang. Sebelum tu jangan lupa buat senaman regangan ringkas ya.

Lakukan lompat bintang selama beberapa minit sehari. Jom kita buat dua hingga tiga set dengan 25 hingga 30 kali ulangan yang akan membuatkan jantung kita berdegup kencang. Apabila dilakukan dengan betul, jumping jacks boleh membakar sekitar 100 kalori dalam 10 minit.

Senaman ini membantu meningkatkan otot pada bisep, otot dada dan betis kita. Barulah terbakar juga lemak-lemak yang dah lama tu kan. Selepas tu baru kita boleh ke peringkat seterusnya.

workout kalori

Dan badan kita ni pon gunakan tenaga yang dapat dari makanan, dan badan kita gunakan tenaga ni dengan cara membakar kalori.

So kalau kita masukkan makanan lebih banyak dari apa yang badan kita boleh bakar, akan ada lebihan tenaga, dan lebihan tu badan kita akan simpan sebagai lemak.

Tapi kalau kita makan kurang dari apa yang badan kita boleh bakar, tu yang dipanggil defisit kalori tu, jadi badan kita terpaksa gunakan simpanan lemak tadi tu, untuk dapatkan tenaga.

Kalau setiap hari kita makan lebih dari apa yang badan kita boleh bakar, makin banyaklah terkumpul lemak badan kita tu. Dan makin hari makin berisi badan kita kan. Dan kalau kita buat defisit kalori ni, setiap hari simpanan lemak kita tu akan dibakar, sampai lah kita dapat berat ideal kita. 

Semua jenis diet, tak kisah lah macam mana, tak makan breakfast lah, kena tahan 8 jam tak makan ke, makan low fat high protein ke, makan 4 jam sekali ke, last last dia punya asas mesti kena defisit kalori. 

Kena makan kurang dari apa yang badan kita boleh bakar.

Kid Geng Borak

Jika kita dapat mengikuti dengan baik petua kurus dalam masa yang disasarkan, mesti anda akan dapat melihat kesan seperti yang diharapkan. Jangan lupa gunakan Body Fat Calculator dan daripada situ, kita boleh nampak apa yang patut kita buat seterusnya. Oh ya, kalau sambil-sambil nak main games boleh ke Kids Food Games

Tip kuruskan badan ini bukan sahaja berkesan untuk diamalkan, malah selamat kepada tubuh anda.

Selamat mencuba!

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge