Pesawat Air Asia 1

Penerbangan tambah murah, AirAsia memohon maaf kepada pelanggan yang mengalami kesulitan akibat penjadualan semula susulan peningkatan permintaan yang mendadak pada musim perayaan kali ini.

Menurut Ketua Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat, beberapa faktor dan insiden yang tidak dapat dielakkan merupakan punca berlaku kelewatan di luar jangkaan serta kawalan syarikat penerbangan itu.

“Kami berusaha sedaya upaya memastikan kesan gangguan paling minimum untuk semua pelanggan dan memastikan semua dapat tiba di destinasi masing-masing dengan cepat termasuk melancarkan penerbangan khas untuk membawa penumpang yang terkandas,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

pesawat air asia

Faktor penjadualan semula penerbangan semasa musim perayaan ialah disebabkan permintaan penerbangan domestik meningkat secara mendadak serta pembukaan sempadan negara sejak 1 April lalu.

Bilangan pesawat yang terhad juga merupakan salah satu faktor yang mengehadkan penerbangan ke semua destinasi.

AirAsia Malaysia juga kini beroperasi hanya dengan 40 pesawat berbanding hampir 100 pesawat semasa pra pandemik. Ini disebabkan giliran menunggu yang panjang untuk kemudahan penyelenggaraan pesawat di Malaysia dan serantau sebelum sesebuah pesawat yang sudah lama tidak beroperasi dapat disahkan selamat untuk terbang semula seperti mana arahan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia.

Selain kerosakan dan masalah teknikal lazim yang ditemui semasa proses pemeriksaan rutin, insiden luar jangka seperti pintasan burung, kerosakan akibat objek asing dan panahan petir menyebabkan tiga hingga lima pesawat terpaksa dikeluarkan daripada jadual sepanjang tempoh perayaan.

Riad Asmat

AirAsia berusaha meminimumkan pembatalan penerbangan dan memastikan semua pelanggan tiba di destinasi masing-masing dengan selamat.

Setiap perubahan pada jadual penerbangan akan dimaklumkan kepada tetamu melalui e-mel dan khidmat pesanan ringkas ke nombor telefon yang didaftarkan semasa tempahan tiket.

Sekiranya memerlukan maklumat atau bantuan lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian sembang AVA melalui AirAsia Super App atau laman sesawang airasia.com atau ke kaunter perkhidmatan AirAsia di lapangan terbang terdekat.

Sumber: Bernama

1 Comment

  1. dari dulu memang banyak komplen terhadap airasia. tapi kita macam stuck dgn company ni sebab tambang murah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge