Krisis makanan

Ketua Persatuan Antarabangsa Pengilang Dalam Operasi Eurasia pada Jumaat berkata semua institusi, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB (FAO), Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) bersetuju dunia akan menghadapi krisis kelaparan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Eren Gunhan Ulusoy memetik laporan antarabangsa bahawa 811 juta orang kekurangan zat makanan dan 276 juta hidup dalam kedaifan ketika berucap pada persidangan antarabangsa melibatkan kumpulan itu di Istanbul, lapor Agensi Anadolu.

“Setiap biji gandum berharga, kita mesti mengambil langkah mengurangkan kelaparan dengan mengelakkan pembaziran serta mencegah kerugian”

Baca juga : Infaq Beras Ashraffi, Saham Akhirat Bantu Pondok Motivasi Hamlatul Quran

Bantuan krisis makanan

Acara empat hari bermula Khamis dengan pameran itu, akan memberi tumpuan kepada beberapa topik, termasuk pengeluaran bijirin peringkat global, isu perdagangan dan operasi pengilang.

“Pengilang mesti berusaha untuk melindungi setiap gram bahan mentah.

“Sekiranya gangguan rantaian bekalan disebabkan krisis di Ukraine gagal diselesaikan, 47 juta lagi orang akan berdepan ancaman kemiskinan.

Ukraine antara pengeksport gandum utama dunia, menggantung eksportnya akibat operasi ketenteraan Rusia di negara itu.

Menurut Jabatan Pertanian Amerika Syarikat, stok gandum dunia akan menurun sebanyak 12 juta tan metrik.

ladang gandum

Ukraine menaikkan stok gandumnya daripada 1 juta kepada 6 juta tan tahun ini serta menegaskan India bersedia memenuhi defisit gandum tetapi selepas peningkatan suhu yang tidak dijangka, negara itu telah menghentikan eksport gandumnya buat masa ini.

Harga gandum global melonjak 40 peratus berikutan kebimbangan bekalan sejak pencerobohan Russia ke atas Ukraine, antara pengeksport utama Februari lalu, yang sebelum ini menyumbang 12 peratus daripada eksport global.

Peningkatan itu, diburukkan lagi oleh kekurangan baja dan hasil tuaian yang lemah, telah mendorong inflasi di seluruh dunia dan menimbulkan kebimbangan terhadap kebuluran serta pergolakan sosial di negara-negara miskin. –AlHijrah Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge