Skim Kafalah Muzakki 1

Skim Kafalah Muzakki adalah merupakan satu skim berbentuk SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIAN yang diberikan kepada Waris Pembayar Zakat sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang PPZ-MAIWP terhadap pembayar zakat yang telah melaksanakan kewajipan berzakat di PPZ-MAIWP.

Disamping itu dapat membantu mengurangkan bebanan kepada Waris Pembayar Zakat apabila berlaku kematian.

Waris akan menerima sumbangan sehingga RM3,000. Jumlah sumbangan yang akan diberikan kepada Waris tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh PPZ-MAIWP.

khairat kematian kafalah muzakki

Syarat-syarat skim?

  1. Pembayar membayar Zakat Harta di PPZ-MAIWP setiap tahun dengan minimum bayaran RM50 setahun disemua saluran bayaran zakat PPZ-MAIWP.
  2. Pembayar yang membuat bayaran Zakat Harta dalam tahun kematian atau 1 tahun sebelum tahun kematian.
  3. Waris Pembayar Zakat hendaklah menghantar borang permohonan skim dalam TEMPOH 6 BULAN dari tarikh kematian.
  4. Bayaran selain daripada Zakat Harta tidak layak menerima skim ini.
  5. Tempoh menunggu untuk permohonan lulus adalah selama 14 hari bekerja.
  6. Layak memohon sekiranya Tarikh Kematian 30 hari dari tarikh bayar zakat kecuali disebabkan Kematian Mengejut.

Baca juga : Hukum Suami Keluarkan Zakat Fitrah kepada Bekas Isteri

Siapakah yang layak memohon skim?

  1. Waris terdekat yang terdiri daripada :
    1. Suami / Isteri kepada Si Mati
    2. Ibu / Bapa / Ibubapa angkat yang sah dari sudut undang-undang kepada Si Mati
    3. Anak kandung / Anak angkat yang sah dari sudut undang-undang kepada Si Mati
    4. Adik-beradik Si Mati
  2. Pihak ketiga iaitu selain daripada waris terdekat di atas.
skim kafalah muzakki

Apakah prosedur dan dokumen wajib yang perlu disediakan oleh waris semasa memohon?

  • Mengisi Borang Skim Kafalah Muzakki dan serahkan borang tersebut di mana-mana kaunter PPZ-MAIWP di Wilayah Persekutuan yang berdekatan. Borang boleh diperolehi di kaunter PPZ-MAIWP atau klik di bahagian bawah skrin ini.
  • Salinan Sijil Kematian Si Mati
  • Salinan Kad Pengenalan Si Mati (jika ada)
  • Salinan Kad Pengenalan Waris Terdekat / Pihak Ke-3.
  • Salinan Sijil Perkahwinan atau Sijil Lahir Si Mati & Waris Terdekat
  • Surat Kuasa daripada Waris Terdekat atau Surat Akuan Bersumpah bagi pemohon pihak ketiga.
  • Salinan muka surat nombor akaun bank atau salinan penyata akaun bank waris / pihak ketiga.

Baca juga : Mana Lebih Utama? Bayar Zakat Harta atau Selesaikan Hutang

Anda perlu ke kaunter terdekat PPZ-MAIWP untuk proses tuntutan. Sebarang pertanyaan, hubungi talian 1-300-88-5757.

Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (Ibu Pejabat)
Wisma PPZ 68-1-6 Dataran Shamelin,
Jalan 4/91, Taman Shamelin Perkasa,
56100 Kuala Lumpur

Isnin – Jumaat
8.15 pagi – 4.45 petang

Sabtu
8.15 pagi – 12.45 tengahari

Ditutup pada minggu pertama dan ketiga hari Sabtu dan Ahad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge