Kedai Mamak Kosong

Peningkatan jumlah pelanggan selepas pemulihan sektor ekonomi negara, kebanyakan restoran mamak kini terdesak mendapatkan pekerja seramai 30,000 orang untuk mengisi kekosongan tersebut.

Presiden Peratuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Datuk Jawahir Ali Taib Khan memaklumkan angka terkini dilaporkan oleh restoran-restoran di bawah Presma dan mereka sangat menggalakkan pekerja tempatan.

Pelbagai langkah diambil Presma untuk menarik penyertaan pekerja tempatan. Misalnya sudah meletakkan banner yang menawarkan peluang kerja di restoran-restoran. Bagaimanapun, setakat ini sambutan yang diterima tidak menggalakkan menyebabkan pihaknya terpaksa beralih kepada pekerja asing bagi melancarkan operasi restoran.

Nasi Kandar

Terpaksa buka peluang untuk pekerja asing

Dalam pada itu, beliau menambah bahawa untuk mengambil pekerja asing bukanlah sesuatu yang mudah, sebaliknya perlu melalui beberapa proses.

“Alhamdulillah, kerajaan mendengar keluhan kami. Mereka banyak membantu memudah cara melalui pelbagai sesi libat urus dengan pemain-pemain industri.”

Untuk memohon pekerja asing, ia bukan boleh mohon begitu sahaja. Kita kena iklankan dulu dalam portal mencari pekerjaan untuk mempelawa rakyat tempatan. Ini adalah usaha kita untuk menggalakkan penyertaan warga tempatan.

Kedai Mamak Pelita

Sementara itu, pengambilan mereka juga bukan boleh dilakukan semborono, tetapi perlu dipertimbangkan dari aspek lainnya juga.

“Apabila sudah sebulan tempoh iklan itu dan masih tiada sambutan, baru kita layak pertimbang untuk membawa masuk pekerja asing. kemasukan pekerja asing ini bukanlah boleh main lambak begitu sahaja.”

Apapun, dialu-alukan penyertaan warga kita, sebab ini akan memakmurkan ekonomi tempatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge