Nescafe Jom Beli dan Menang

NESCAFÉ, jenama kopi kegemaran dunia membawa kembali “Peraduan NESCAFÉ Jom Beli & Raikan Bersama” dengan menawarkan hadiah-hadiah bernilai RM250,000 sempena sambutan Hari Gawai di Sarawak dan Pesta Kaamatan di Sabah.

Kedua-dua perayaan ini disambut setiap tahun dalam kalangan masyarakat Kadazan-Dusun dan Murut di Sabah, dan komuniti Dayak di Sarawak sebagai tanda kesyukuran atas hasil penuaian yang melimpah.

Sempena sambutan ini, masyarakat tempatan akan menjemput keluarga dan rakan-rakan mereka ke rumah untuk menikmati hidangan makanan serta berhibur dengan nyanyian, tarian dan berpesta sepanjang hari untuk mengeratkan tali persahabatan dan memeriahkan lagi sambutan ini.

Nescafe Edisi Sarawak

En. Othman Chraibi, Pegawai Eksekutif Perniagaan Minuman, Nestlé (Malaysia) Berhad berkata, “Perayaan Hari Gawai dan Pesta Kaamatan adalah penting bagi kami kerana sambutan ini menandakan tuaian yang baik bagi para petani tempatan. Ini boleh diumpamakan dengan usaha kami untuk memperoleh hasil biji kopi yang baik untuk menghasilkan secawan kopi yang lazat.

NESCAFÉ juga ingin memupuk semangat kasih sayang, perpaduan dan persahabatan sesama rakyat, seiring dengan semangat perayaan Hari Gawai dan Pesta Kaamatan.

Peraduan tahunan ini membolehkan kami menghargai para pengguna NESCAFÉ dan mencipta pengalaman kopi yang berbeza dalam kehidupan seharian orang ramai. Semua pengguna berhak menikmati secawan kopi yang istimewa dan dengan NESCAFÉ, pengguna boleh merasai setiap aroma dan rasa yang mehidupkan detik pagi.

Nescafe edisi Sabah

Dapatkan secawan hari ini dan nikmati ganjarannya! Selain hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan oleh peraduan ini setiap minggu, pelbagai aktiviti menarik akan diadakan dalam kedai untuk masyarakat tempatan sepanjang bulan Mei dan Jun,” kata Othman.

“Peraduan NESCAFÉ Jom Beli & Raikan Bersama” berlangsung mulai 1 Mei hingga 30 Jun 2022 dengan hadiah-hadiah bernilai RM250,000 untuk dimenangi, yang dibahagikan secara sama rata sebanyak RM125,000 untuk Sabah dan RM125,000 untuk Sarawak. Para pengguna berpeluang memenangi dua buah unit kereta Proton Saga 1.3 AT, dengan satu unit untuk setiap negeri serta pelbagai hadiah lain yang menarik termasuk jongkong emas 18G untuk Pemenang Tempat Pertama mingguan, dan peralatan rumah untuk dimenangi setiap minggu sepanjang tempoh peraduan.

Pengguna boleh menyertai peraduan ini dengan membeli produk NESCAFÉ yang terpilih, termasuk NESCAFÉ Classic, NESCAFÉ 3IN1, NESCAFÉ GOLD (Jar & Mixes), NESCAFÉ Latte, NESCAFÉ White Coffee, NESCAFÉ Dolce Gusto dan Nestlé Coffeemate, serta produk- produk NESCAFÉ Sedia-Untuk-Diminum dengan nilai minimum RM10 dalam satu resit.

Mr Othman Chraibi and other Nescafe teammates at the contest launch

Penyertaan boleh dihantar melalui salah satu cara berikut:

1) Melalui WhatsApp: Tuliskan nama dan nombor MyKad pada resit asal sebagai bukti
pembelian, ambil gambar resit dan hantarkan foto melalui WhatsApp ke 018 228 2627
(Sabah) ATAU 018 228 7022 (Sarawak).

2) Melalui Borang Peraduan: Isikan borang penyertaan dengan butiran yang diperlukan
dan hantarkan borang bersama bukti pembelian (masukkan ke dalam sampul surat) ke
alamat Peti Surat atau ke dalam kotak penyerahan peraduan.

Mudah sahaja! Pengguna boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tanpa had. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Peraduan NESCAFÉ “Jom Beli & Raikan Bersama” dan butiran penyertaan peraduan, sila layari www.nescafe.com.my

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge