Kereta Hitam

Pembelian kereta sama ada kereta terpakai atau baharu merupakan suatu komitmen jangka panjang dan memerlukan penelitian. Ia bertujuan untuk mengelakkan kita daripada berbelanja melebihi kemampuan kewangan dan terjerat dengan beban hutang bulanan yang tinggi dalam tempoh masa yang lama.

Biasanya kan, pelbagai perkara yang kena ambil berat dan ambil tahu sebelum membeli kereta pertama kebiasaannya. Antaranya ansuran bulanan, bayaran pendahuluan, insurans dan cukai jalan, kos bahan api, penyelenggaraan, pembaikan dan sebagainya.

Memang tak dinafikan, proses untuk beli kereta pertama semestinya satu proses yang mengujakan terutamanya buat mereka yang baru masuk alam pekerjaan. Tapi, banyak faktor penting yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat keputusan nak beli kereta sama ada baharu atau terpakai.

Kereta Perodua

Pertama sekali, buat kira-kira berdasarkan Pengiraan Bayaran Bulanan Kereta dan juga gaji bulanan setelah ditolak itu ini. Ini memang penting tau sebab kita yang buat bayaran bulanan sama ada 5 tahun, 7 tahun atau 9 tahun yang kebiasaannya bagi pembeli kereta. Dalam kata mudahnya, sebelum kita berkira-kira untuk membeli kereta, boleh saja kita tahu kemampuan daripada pengiraan yang dibuat.

Mudah guna kiraan tu, cuma masukkan semua anggaran data yang ada dan berapa lama tempoh dan jumlah harga kereta tersebut.

Beli kereta ni, bukan kena juga fikir bajet harian untuk mengisi minyak kereta. Jika ada sebuah kereta pun, kita pun kena buat kiraan belanja. Berapa jauh perjalanan setiap hari, berapa kerap kita menggunakan kereta. Ini semua akan dimasukkan dalam kos perbelanjaan setelah belian kereta tersebut.

Daripada situ kita akan dapat tahu kemampuan kita dalam pembelian kereta tersebut.

Repair kereta

Nak beli kereta ni, perlu teliti dan ambil kira juga. Walaupun kita nak beli kereta terpakai, ataupun jual kereta yang sedang dipakai dan beli kereta baharu. Jika nak jual kereta pun, jumlah yang akan diterima balik selalunya akan kurang dari jumlah yang masih perlu dibayar semula kepada bank.

Perlu juga diingatkan bahawa belia Malaysia, berumur antara 25 dan 44, membentuk kumpulan terbesar yang telah diisytiharkan muflis. Mereka membentuk hampir 60% daripada 94,408 kes yang dilaporkan dari 2013 hingga Ogos 2017, menurut Jabatan Insolvensi, dalam laporan The Star Online.

Oleh itu, sebelum kita nak putuskan untuk mengambil pinjaman kereta itu, pastikan sudah siap sedia (dan bijak!). Semak tips yang dikongsikan untuk menjimatkan lebih banyak wang untuk membiayai perkara lain yang diperlukan.

Test Drive HRV

Meskipun anda boleh membaca ulasan kereta di internet, ia mungkin tidak sama dengan merasai sendiri pengalaman memandu kereta yang ingin dibeli. Proses pandu uji terutamanya kereta terpakai membolehkan bakal pembeli menguji, menilai dan mengenal pasti kualiti, kelebihan atau kelemahan kenderaan yang ingin dibeli sebelum membuat keputusan.

Setiap kereta memberi pengalaman pemanduan yang berbeza. Oleh sebab itu, kita juga disarankan untuk pandu uji kereta idaman untuk mengelakkan daripada membuat kesilapan.

Kesimpulannya, cara terbaik untuk menganggarkan kemampuan kita membeli kereta adalah dengan mengambil kira kesemua perbelanjaan kira dahulu seperti tempat tinggal, makanan, anak-anak, simpanan atau pelaburan (minimum 10% dari gaji), insurans atau takaful yang mencukupi dan keperluan-keperluan lain. Lepas tu, barulah fikir nak punya kereta berapa banyak sekalipun okay. 

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge