Mi perisa babi 1

Penganjur program derma darah di sebuah pusat beli-belah, di Batu Pahat memohon maaf mengenai isu pemberian beg cenderamata. Ini kerana ia mengandungi mi segera berperisa daging babi sehingga menimbulkan kekecohan kepada penerima beragama Islam.

Pengerusi jawatankuasa pengelola program berkenaan, Lou Kok Meng berkata, pihaknya sedia bertanggungjawab dan mengakui perkara itu sememangnya tidak disengajakan.

Pihaknya penganjur mengambil maklum akan kekecohan yang berlaku selain memaklumkan sedia bertanggungjawab dan mengakui ia adalah kejadian yang tidak disengajakan.

“Pihak pengajur mengambil maklum mengenai perkara itu dan sentiasa bersedia untuk menerima kerjasama kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan.”

“Wakil daripada kami juga sudah ke Bahagian Pengurusan Pentadbiran Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk memberi penjelasan mengenai kejadian itu.”

-Penganjur program-

Menurutnya, ketika ini pihaknya hanya mampu memohon maaf kepada orang ramai terutamanya kepada pengunjung yang datang menderma darah dalam program berkenaan dan akan memperbaiki keadaan.

Terdahulu, polis daerah ini membuka kertas siasatan selepas menerima laporan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai kes pemberian cenderamata mengandungi mi segera dipercayai berperisa daging babi ketika program derma darah di sebuah pusat beli-belah di sini, kelmarin.

Baca juga : Apa Itu Perayaan Bon Odori?

Mi Segera Babi Lepas Derma Darah
Gambar Hiasan

“Sebahagian penerima adalah beragama Islam mendapati didalam beg berkenaan terdapat mi segera dipercayai berperisa daging babi cincang.

“Susulan kejadian berkenaan, pihak polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat telah menubuhkan satu pasukan untuk menjalankan siasatan lanjut berkaitan dengan kejadian terbabit,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, beberapa individu dipanggil dan rampasan turut dilakukan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 298A/504 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara ataupun denda atau kedua-duanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge