Sekarang musim durian dan ramai yang teruja membeli buah ini. Ada yang beli seminggu dua kali raja buah ini memandangkan harga pun dah turun sedikit supaya puas hati makan. Ada yang minum air pangsa durian lepas makan ‘raja buah’ tu.
Tambah pula sekarang ini musimnya dan harga yang dijual semakin hari semakin murah! Ada yang jual sekilo RM10, ada juga yang jual satu bakul besar tak sampai RM100 pun. Mana tak geramkan?
Tapi bila makan, terlalu banyak pula pantang larang bila makan durian terutamanya ada yang cakap lepas makan durian, tak boleh makan ubat takut ada kesan lain katanya. Ada juga yang mengesyorkan minum air dalam pangsa durian untuk sejukkan badan dan mengelakkan perut rasa kurang selesa.
Biasanya selepas makan durian mesti akan ada pesanan minta minum air dari pangsa durian. Ini petua untuk elak badan jadi panas. Pesanan ini memang ramai yang ikut walaupun tak faham hubung kaitnya.
Tapi petua orang tua ini memang ada betulnya. Prinsipal Saintis, Dr Suri Rowi memberi penjelasan tentang perihal tersebut.
Antara Petua dan Realiti Saintifik
Biasanya sebahagian kita akan meminum air pangsa durian selepas makan durian untuk elakkan perut rasa kurang selesa.
Mungkin ada benarnya. Ini kerana kajian yang dilakukan oleh ramai saintis dan saya sendiri sebelum ini ke atas beberapa jenis buah menunjukkan bahagian buah yang paling tinggi khasiat adalah bahagian kulit dan ari buah.
Kajian saintifik yang diterbitkan dalam Procedia Food Science pada tahun 2015 menunjukkan kulit durian bersifat antidiabetis.
Kajian yang diterbitkan dalam 2 Jurnal Saintifik pada tahun 2021 dan 2022 pula mendapati pangsa durian (bahagian putih) mengandungi bahan propacin. Bahan ini boleh bertindak sebagai antiradang.
Justeru pengambilan air pangsa durian mungkin boleh mengurangkan rasa panas badan selepas makan durian.
Mungkin lebih elok juga jika pangsa buah diasingkan dan direndam guna air suam sebelum airnya diminum. Makanlah durian ikut kadarnya dan jangan berlebihan.
Sumber: DrSuriRoowi Ph.D KMN
Principal Scientist
boleh la cuba selagi ia tidak merbahaya kepada kita semua
mrhanafi recently posted…Gaji minimum lepasan spm