Kereta Hitam

Majoriti kereta pada zaman ini semuanya automatik bagi memudahkan sesiapa sahaja memandunya.

Namun jangan sesekali kita memandang enteng penggunaan kereta automatik. Ini kerana ramai menganggap hanya dengan masuk gear, tekan minyak terus jalan tanpa memikirkan apa fungsi setiap gear yang ada.

Antaranya ada yang guna gear P waktu berhenti di traffic light, yang mana cara ini salah. Bayangkan kalau kita tertekan minyak dulu sebelum masuk gear boleh rosak gear box.

Gear kereta auto

Meskipun mudah tapi memandu kereta automatik tetap perlu mengikut penggunaan gear yang betul. Bagi yang belum tahu berikut adalah yang disarankan.

Kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light

  1. Tekan brek kaki
  2. Masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear, tolak saja)
  3. Tarik hand brek
  4. Lepas brek kaki

Jika nak jalan

  1. Tekan brek
  2. Masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear, tarik saja)
  3. Lepas hand brek
  4. Lepas brek kaki
  5. Tekan minyak

Baca juga : Kereta Sewa Murah bawah RM100, Dapatkan diskaun RM50

overdrive

Kegunaan tombol kecil pada gear

Perasan tak kewujudan tombol kecil pada gear itu pun ada fungsinya dan perlu ditekan pada waktu yang sesuai.

Penggunaan tombol/butang pada batang gear:

1. Tekan tombol semasa menukar

P > R
R > P
R > N
N > R
D > L/D2
L/D2 > D

2. Jangan sesekali tekan antara

N > D
D > N
D > D3
D3 > D

Transmission iStock
Cross-section of a car gearbox and clutch.

Berikut pula susunan gear untuk gearbox auto :

P – Parking, digunakan untuk anda memberhentikan kereta anda. Gear akan disekat. Jadi kereta anda takkan bergerak walaupun handbrake tak ditarik.
R – Reverse, untuk mengundur kereta anda
N – Neutral, jika dalam posisi menunggu traffic light atau kesesakan lalulintas, alihkan ke gear neutral. Bukan parking! Jika anda perasan, gear D ke N tidak perlu menekan kekunci pada tombol gear.
D – Drive, penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya butang overdrive – gear akan menyekat untuk masuk ke gear 4. Gear yang akan digunakan cuma 1, 2 dan 3 saja.
3 – Setengah kenderaan tidak mempunyai overdrive tetapi mempunyai susunan gear 3 untuk menurunkan gear dari 4 ke 3.
2 – Ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 dan tidak akan masuk ke gear seterusnya tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu.
L – Low gear, gear pertama.

Selamat memandu!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge