Pihak berkuasa kota suci Mekah menyerahkan seorang penduduk Arab Saudi kepada pendakwa raya. Beliau didakwa terlibat dalam perbuatan menyeludup masuk seorang wartawan bukan Islam dari Amerika Syarikat (AS) ke Tanah Haram, lapor akhbar Saudi Gazette.
Dalam satu kenyataan disiarkan agensi berita SPA kelmarin, seorang jurucakap polis wilayah Mekah memperincikan insiden warga tempatan membawa wartawan AS berkenaan yang bekerja untuk stesen penyiaran Israel, memasuki Mekah.
Menurut undang-undang Islam, individu bukan beragama Islam dilarang daripada menjejakkan kaki ke Masjidil Haram atau mana-mana lokasi di tanah suci.
Jurucakap itu berkata, perbuatan tersebut adalah pelanggaran jelas terhadap peraturan yang melarang orang bukan Islam memasuki Mekah.
Penduduk tempatan itu telah ditangkap dan tindakan undang-undang diambil terhadapnya.
Jurucakap itu turut berkata, semua pelawat luar negara khususnya orang bukan Islam, perlu menghormati dan mematuhi peraturan terutama berkaitan Masjidil Haram dan tanah suci.
“Sebarang pelanggaran seumpama ini dianggap sebagai jenayah yang tidak akan diterima dan hukuman setimpal akan dikenakan kepada pesalah mengikut peraturan berkaitan,”.
Wartawan yang melakukan jenayah itu juga telah dirujuk kepada Pendakwaan Awam, manakala prosedur yang diperlukan akan dilaksanakan, kata kenyataan SPA.
Agensi berita AFP sebelum ini melaporkan bahawa wartawan tersebut, Gil Tamary yang bekerja untuk stesen televisyen Saluran 13 Israel telah menyiarkan video dirinya di Twitter menyelinap masuk ke Mekah.
Dalam video itu, Tamary dilihat mendaki Jabal Ramah yang menjadi tempat umat Islam berkumpul semasa musim haji dan bercakap tentang bagaimana dia sentiasa ingin melawat tanah haram itu.
Selepas video itu mendapat kritikan meluas, wartawan itu meminta maaf menerusi kenyataan di Twitter dan berkata, dia tidak berniat menyinggung perasaan umat Islam tetapi mahu mempamerkan kepentingan Mekah dan keindahan agama Islam.
Macam mana boleh terlepas kan, pelik sungguh yaaa… nasiblah dapat tangkap, kalau tak entah apa lagi dia nak buat yaaa
Sis Lin recently posted…MAQAN FOOD FEST KINI KEMBALI LAGI, FESTIVAL MAKANAN TERBESAR DI JOHOR!