Setiap kali demam, batuk, hidung berair atau sakit tekak, sekarang ini ramai yang menyangka ia adalah simptom C0VID-19. Simptom demam dan batuk kerapkali berlaku menyebabkan mungkin ada yang tertanya tentang punca tersebut.
Itu tanggapan pertama yang difikirkan pada masa ini, bukan lagi sekadar demam biasa atau selesema seperti sebelum berlaku pandemik.
Namun peningkatan kes jangkitan influenza di Malaysia sejak kebelakangan ini membuatkan ramai keliru sama ada mereka dijangkiti influenza atau C0VID-19 (C-19).
Sebab itulah ada antara mereka yang melakukan ujian kendiri C-19 dengan keputusan negatif tetapi masih mengalami gejala tersebut secara berterusan.
Tapi apa persamaan dan perbezaan selesema, penyakit seperti influenza (ILI) dan C-19?
Bagaimana untuk membezakan simptom selesema, ILI dan C-19?
Kebanyakan simptom adalah sama iaitu demam, batuk, sakit tekak dan hidung berair. Kehadiran simptom juga bergantung kepada tahap imuniti seseorang.
1. ILI: Demam bermula secara tiba-tiba dan suhu tinggi > 38 darjah celsius.
2. Selesema: Jarang menyebabkan demam, sakit kepala, sakit otot dan kelesuan. Jika demam, suhu tidak tinggi.
3. C0VID-19: Jarang menyebabkan bersin tetapi boleh menyebabkan kehilangan deria rasa dan bau.
Cara penularan dan tempoh kebolehjangkitan selesema, ILI dan C-19 adalah sama.
1. Titisan pernafasan semasa batuk atau bersin.
2. Sentuhan tangan atau dengan tisu dan barang lain yan dicemari oleh cecair dari hidung dan tekak.
Tempoh kebolehjangkitan:
1-2 hari sebelum sehingga 4-5 hari selepas simptom bermula.
Baca juga : Bahaya Microsleep, Ini Cara Berkesan Elakkan Berlaku
Siapa yang berisiko untuk mendapat jangkitan teruk ILI dan C-19?
Kumpulan berisiko:
1. Warga emas.
2. Individu yang mempunyai komorbid seperti penyakit respiratori kronik, penyakit kardiovaskular, diabetes dan kanser.
Bagi influenza:
Ibu mengandung, kanak-kanak dan bayi juga mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat jangkitan teruk.
Langkah-langkah pencegahan ILI dan C-19 adalah sama:
1. Pakai pelitup muka
2. Cuci tangan
3. Etika batuk dan bersin
4. Jaga kebersihan diri dan persekitaran
5. Jangan berkongsi peralatan peribadi
6. Cara hidup sihat
7. Penjarakkan fizikal
8. Buka tingkap untuk pengudaraan yang baik
Kebanyakan simptom selesema, Influenza-Like-Illness (ILI) dan COVID-19 adalah sama. Amalkan langkah pencegahan!
Sekarang ni dah tak tau mana Covid mana ILI, nak tau kena swab.. tapi yang penting, dah sakit, duduk jer rumah dendiam kannn..
Sis Lin recently posted…MAKAN-MAKAN BERSAMA PELAKON AIDIT NOH DI WAN LI CHINESE RESTAURANT