Dajjal dan NWO

Dunia sekarang ini sedang bergolak dengan pelbagai kemelut. Penyakit sosial , pepecahan dalam masyarakat, pertumpahan darah melibatkan negara islam dan negara terkenal, peperangan , kerosakan di bidang fikiran, fahaman serta ideologi, pemujaan, sihir dan lain-lagi telah menyebabkan dunia menjadi huru-hara. Inilah yang diperkatakan tentang agenda dajjal.

Krisis bidang ekonomi, kejatuhan nilai wang, kenaikan harga barang dan sistem perbankan riba telah menyebabkan manusia diserang pelbagai penyakit kerana pening dan stress.

Di sebalik semua gejala yang terjadi, kita lupa, alpa dan terlepas pandang . Apakah itu? Atau apakah “Dia”? Semua kemelut yang terjadi sekarang ini telah pun diisyaratkan oleh Rasulullah SAW. Rasulullah SAW bimbang kalau-kalau umatnya terpengaruh dengan fitnah yang dibawa “Dia”.

agenda dajjal

TERPERANGKAP DENGAN AGENDA DAJJAL

Ramai dikalangan umat Islam sendiri tidak tahu dan sedar siapakah “Dia”, tokoh yang merbahaya. “Dia” ialah DAJJAL. DAJJAL yang bakal muncul di penghujung umur dunia untuk menghuru-harakan dunia ini. Buku ini mendedahkan bukti-bukti kewujudan Dajjal yang disebut oleh Allah dan Rasulullah SAW; diisyarat dalam Al-Quran secara simbolik dan diperjelaskan bukti kewujudan Dajjal dalam hadis sifat-sifatnya secara terperinci termasuk fitnah dan pembohongan yang dibawa dalam pelbagai bidang kehidupan .

Ramai di kalangan manusia, termasuk orang Islam terperangkap dan terikut-ikut dengan agenda Dajjal serta mudah terkena sihir Dajjal. Di penghujung buku ini dikongsikan tips dan panduan cara mana untuk selamat daripada fitnah dan Dajjal serta menangkis “Sihir Dajjal”.

buku agenda dajjal

NEW WORLD ORDER KONSPIRASI DUNIA GELAP

Tujuh tahun sejak buku ini pertama kali diterbitkan, pemangkin konspirasi global The New World Order – One World Luciferian Government, Novus Ordo Seclorum, The New Order of the Ages, The Aquarian Age, The New Age Movement, Globalisation, From Many One- dalam kuasa One World Dictatorship Government semakin kukuh dan valid dari hari ke hari.

Kali ini, penulis cuba mengulas lanjut dalam bidang NWO. Rancangan purba ini merangkumi kuasa dan daya dalam pelbagai bidang, termasuk politik, ekonomi, ketenteraan, sosial, budaya, sejarah, pendidikan, sumber asli, depopulasi kedaulatan untuk mengawal tubuh, perilaku dan akal individu.

Rancangan kuno NW ini diwujudkan dalam konspirasi global dengan pelbagai konspirator dan elit global yang berlindung dalam secret societies (masyarakat tersembunyi kuno dan moden) seperti Freemasonry dan The Bavarian Illuminati dengan pelbagai barisan hadapan (frontlines) seperti The Bilderberger, Trilateral Commission, Council on Foreign Relation, Club of Rome, United Nation.

Baca juga : 7 Ciri-ciri Wanita Akhir Zaman Yang Terkena Fitnah Dajjal

New World Order

Buku in memberikan pemahaman asas tentang The New World Order, rangka kerja asas tentang bidang yang diusahakan oleh konspirator, namun terlebih dahulu pembaca diberi pengetahuan pra (pre-knowledge) sebagai modal pemahaman.

Kerangka dalam buku ini dapat digunakan sebagai panduan untuk memetakan langkah-langkah konspirator global dalam melaksanakan matlamat NW serta sebagai rujukan bagi menjalankan penyelidikan mereka sendiri dengan lebih mendalam.

Konspirasi NWO

Selain itu, buku ini menjadi peringatan (warning) bahawa kedaulatan setiap negara dan kebebasan individu semakin dihancurkan.

Jikalau tidak mampu menghentikan NWO, sekurang-kurangnya improvisasi individu dalam perjuangan mengekalkan akidah boleh melambatkan bencana besar akhir zaman ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge