Pakai mask SOP

Kementerian Pendidikan (KPM) tidak lagi mewajibkan pemakaian pelitup muka di kawasan sekolah susulan pengumuman Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berhubung perkata tersebut baru-baru ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, pemakaian pelitup muka sama ada di dalam atau di luar bangunan sekolah adalah tidak lagi diwajibkan namun pemakaiannya adalah digalakkan.

“Esok sekolah-sekolah di negeri kumpulan A akan memulakan sesi persekolahan dan lusa adalah untuk negeri kumpulan B jadi ramai yang bertanya apakah ketetapan KPM berkaitan pemakaian pelitup muka di kawasan sekolah.

“Pemakaian pelitup muka adalah tidak diwajibkan namun KPM menggalakkan pemakaiannya sewaktu berada di dalam kawasan sekolah khususnya di tempat yang ramai orang,” katanya menerusi satu video yang dimuat naik ke laman media sosial hari ini.

Tambah beliau, pada masa sama, murid-murid yang pergi ke sekolah dengan menaiki bas diingatkan agar tetap memakai pelitup muka apabila berada di dalam bas sekolah.

“Apa yang penting adalah kita bersama-sama memastikan keadaan di sekolah selamat. Maklumat lanjut berkaitan pemakaian pelitup muka di sekolah ini akan disertakan dalam kenyataan media rasmi KPM yang akan dikeluarkan sebentar lagi,” – Datuk Dr. Radzi Jidin

Terdahulu, Kosmo! Online pada 7 September lalu melaporkan Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa memakai pelitup muka tidak lagi diwajibkan dalam bangunan atau di tempat tertutup berkuat kuasa serta-merta.

Baca juga : Pakai Baju Hitam Lebih Nampak Kurus, Fakta atau Auta?

pemakaian pelitup muka
Gambar Hiasan

Pemilik premis bagaimanapun diberi pilihan untuk terus meminta orang ramai memakainya dalam premis mereka.

Berdasarkan penilaian semasa Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan untuk memakai pelitup muka dalam bangunan dan tempat tertutup kini adalah suatu pilihan.

“Bagaimanapun pemilik premis boleh tentukan wajib pakai atau tidak. Sekarang kita serahkan kepada pemilik premis. Kalau pemilik premis putuskan kena pakai, maka kena ikut kehendak pemilik premis,” – Khairy Jamaluddin

ujian kendiri C19 Sekolah Seri Puteri

Kementerian Pendidikan (KPM) masih mewajibkan pemakaian pelitup muka ke sekolah bagi individu yang bergejala seperti demam, batuk dan selsema manakala pemakaiannya di luar bangunan kawasan institusi pendidikan pula adalah amat digalakkan.

Individu yang positif C0VID-19 semasa berada di institusi pendidikan atau asrama wajib memakai pelitup muka semasa dirujuk ke Pusat Penilaian C0VID-19 (CAC) atau fasiliti kesihatan untuk pemeriksaan kesihatan.

Di samping itu, murid diwajibkan memakai pelitup muka semasa menaiki bas atau van sekolah atau perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas, kereta api, teksi termasuk perkhidmatan e-hailing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge