MyKad 12 Tahun

Pendaftaran kad pengenalan kanak-kanak yang telah mencapai umur 12 tahun kini boleh dibuat secara atas talian melalui pautan yang disediakan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Kemudahan untuk mohon MyKad 12 Tahun ini disediakan bagi memberi kemudahan kepada penjaga dan mengurangkan pergerakan orang ramai.

Langkah ini adalah demi menjaga keselamatan dan kesihatan masing-masing di samping menjimatkan masa pemohon. Permohonan yang dibuat mestilah disertakan bersama beberapa dokumen yang dinyatakan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut berkenaan permohonan kad pengenalan 12 tahun secara atas talian.

SYARAT PERMOHONAN MY KAD 12 TAHUN

Berikut adalah syarat membuat permohonan untuk MyKad kanak-kanak 12 tahun secara online:

  • Pemohon mestilah telah berumur genap 12 tahun tetapi belum mencapai umur 16 tahun
  • Pemohon mestilah hadir bersama Penganjur iaitu:
    – Ibu atau bapa; atau
    – Penjaga (Penjaga adalah datuk atau nenek atau ibu saudara atau bapa saudara atau kakak atau abang yang berumur melebihi 21 tahun)
  • Borang Permohonan JPN.KP01 (dapatkan di kaunter JPN) yang telah diisi dengan lengkap
  • Pemohon mestilah membuat permohonan dalam tempoh 30 hari dari tarikh genap berumur 12 tahun. Jika tidak bayaran proses akan dikenakan
  • Sekiranya penganjur adalah selain daripada kategori di atas perlu mengemukakan surat akuan berkanun dan surat pengesahan penjagaan pemohon dari JKM hendaklah dibawa bersama.
PERMOHONAN KAD PENGENALAN KANAK KANAK 12 TAHUN

CARA MOHON MYKAD 12 TAHUN SECARA ONLINE

Berikut adalah panduan membuat permohonan MyKad Kanak-kanak 12 tahun secara online:

  1. Pergi ke pautan https://web12tahun.jpn.gov.my/
  2. Klik LOG MASUK/LOGIN untuk meneruskan permohonan anda
  3. Isi maklumat yang diminta sehingga selesai dan hantar permohonan anda
  4. Cetak borang permohonan yang lengkap
  5. Bawa salinan permohonan ke kaunter JPN yang terdekat untuk proses seterusnya

Anda boleh rujuk manual pendaftaran lengkap di bawah:

DOKUMEN DIPERLUKAN

Permohonan mestilah disertakan bersama dokumen sokongan berikut:

Dokumen Pemohon (Asal)

  • Sijil Kelahiran/ SIjil Anak Angkat/ Sijil Warganegara/ Pengesahan Taraf Warganegara/ Borang Warganegara/ Lampiran A (JAKOA)
  • Passport bagi pemohon yang menetap di luar negara

Dokumen Penganjur (Asal)

  • Kad Pengenalan Penganjur (Ibu/Bapa/Penjaga)
  • Penjaga yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan perlu mengemukakan surat akuan berkanun dan surat pengesahan penjagaan pemohon dari JKM hendaklah dibawa bersama
  • Pasport negara asal penganjur bagi yang Bukan Warganegara

Dokumen Sokongan

  • Sekiranya alamat tidak selaras dengan alamat penganjur, perlu mengemukakan Bil elektrik/ bil air/ bil pembentungan/ bil utiliti/ cukai pintu/ cukai taksiran/ borang taksiran cukai pendapatan atau lain-lain yang berkaitan

KADAR BAYARAN KAD PENGENALAN 12 TAHUN

Berikut adalah kadar bayaran yang dikenakan bagi permohonan MyKad 12 tahun secara online:

Bayaran MyKad 12 Tahun

Untuk maklumat lanjut berkenaan permohonan MyKad kanak-kanak 12 tahun, anda boleh hubungi talian 1MOCC di 03 8000 8000 atau PRO JPN 03 8880 7077. Anda juga boleh terus ke kaunter JPN berdekatan.

3 Comments

  1. Teringat masa buat kad pengenalan umur 12 tahun kat PD, berdua naik motor ngan abah…lama plak tu…masa tu SA x rapat sgt ngan abah sebab abah masa muda2 garang and baran..dh tua ni je dia cool..hahahahah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge