Konvokesyen Khatam Tadabbur

My #QuranTime mensasarkan seramai 5,000 peserta akan menyertai Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 yang akan dilaksanakan di Masjid Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 8 Okt depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) Marhaini Yusoff berkata program yang diasaskan pihaknya dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan TV AlHijrah itu setakat ini telah mengumpul kira-kira 1,557 individu yang mendaftar bagi untuk menyertai program khatam (habiskan) dan tadabbur (berfikir dan faham isi) Al-Quran yang bermula 8 Jun 2020.

“Jadi kita jemput semua umat Islam untuk menyertai program tadabbur dan khatam beramai-ramai ini kerana sebelum ini kita menjalankan tadabbur selama satu jam menerusi dalam talian dan di televisyen.”

8 Okt depan merupakan episod terakhir program tersebut selepas dua tahun lebih program ini dijalankan yang pada asalnya bertujuan memberi pengisian rohani kepada rakyat Malaysia yang sedang berkurung ketika Perintah Kawalan Pergerakan sebelum ini.

Ustaz Fazrul

Beberapa program menarik akan dilaksanakan pada majlis khatam itu antaranya bacaan sinopsis 114 surah dalam Al-Quran dan bacaan dan mendengar tadabbur secara beramai-ramai antaranya surah Al-Asr dan Al-Nas. 

Bagi sesiapa yang berminat boleh menghubungi talian 019-3803635, 011-64307480 dan 013-3946471 untuk pertanyaan dan pendaftaran,.

My #QuranTime merupakan kerjasama antara WUIF, JAKIM serta TV AlHijrah sebagai penyiar utama dan ia disiarkan pada 12 tengah hari hingga 1 petang secara langsung setiap hari bermula 8 Jun 2020.

Sehingga kini, lebih 15 juta penonton dari Malaysia, Brunei, Singapura, Indonesia dan Selatan Thauland mengikuti program tersebut menerusi TV AlHijrah dan media sosial.

Baca juga : 5 Tips Pupuk Minat Anak-anak Terhadap Al-Quran

Khatam Tadabbur My #QuranTime

Penganjuran Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 bakal menjadi satu peristiwa besar dengan kejayaan ribuan penonton setia program My#QuranTime berjaya menamatkan bacaan al-Quran bersama-sama.

Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, sejak mula disiarkan pada tahun 2020 iaitu ketika permulaan pandemik Covid-19, program bacaan dan tadabbur al-Quran itu mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

WUIF buat julung kalinya bakal mengadakan Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 secara fizikal di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 8 Oktober ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge