Kompleks Sukan Shah Alam Baru

Stadium Shah Alam yang dilanda kontroversi sebelum ini bakal berwajah baharu dengan menampilkan konsep ala padang Liga Perdana Inggeris tanpa balapan. Kali ini dinamakan Kompleks Sukan Shah Alam.

Reka bentuk awal stadium itu yang dimuat naik semalam ternyata membuatkan ramai peminat sukan bola sepak tanah air teruja, namun pada masa sama mengharapkan ia diuruskan dengan baik bagi mengelakkan sejarah lama berulang.

Reka bentuk yang lebih mantap dan futuristik itu bagaimanapun masih dalam konsep awal dan belum ada sebarang pembinaan atau penambahbaikan dilakukan ketika ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor Incorporated, Norita Mohd. Sidek mengesahkan Stadium Shah Alam yang menjadi lambang kemegahan pasukan bola sepak Selangor, sah akan dirobohkan dan bakal digantikan dengan stadium baharu yang dijangka siap menjelang 2026.

Cadangan Reka Bentuk KSSA
Cadangan Rekabentuk KSSA

Bukan sahaja Stadium Shah Alam, malah keseluruhan Kompleks Sukan Shah Alam di tapak seluas lebih 200 ekar itu turut akan dirobohkan dan dibangunkan semula. 

Orang ramai khususnya penduduk Selangor boleh berkongsi cadangan dan pandangan berkait pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam yang meliputi stadium negeri mulai minggu depan.

Ketua pegawai eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI berkata cadangan boleh dikongsikan melalui e-mel [email protected] yang dibuka selama sebulan.

Orang ramai boleh melihat reka bentuk kompleks yang telah dibentangkan pemaju Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) melalui laman sesawang rasmi MBI dan menghantar maklum balas menerusi emel berkenaan. Sebarang idea atau pandangan boleh dikemukakan secara terus melalui platform tersebut.

Baca juga : 8 Tempat Glamping Terbaik di Selangor

Rekabentuk Stadium Shah Alam Baru
Kompleks Sukan Shah Alam

Cadangan Reka Bentuk Kompleks Sukan Shah Alam

Ia mempunyai ciri-ciri berikut :

– Stadium berkapasiti 35 ke 45 ribu penonton.

60% kawasan kompleks adalah untuk aktiviti sukan dan stadium bertaraf antarabangsa.

– Rekabentuk akan mengambil kira dan menyelesaikan masalah trafik, menghubungkan pengangkutan awam, menyelesaikan isu banjir.

– Stadium terbuka dan mempunyai fungsi untuk menjadi stadium tertutup bagi mengendalikan pelbagai acara.

– 40% kawasan kompleks akan digunakan bagi ruang rekreasi awam.

– Taman awam, pusat rekreasi dan pembangunan belia turut akan disediakan.

Kompleks Sukan Shah Alam

Pada 15 Julai lalu, Dato’ Menteri Besar berkata projek itu akan dilaksanakan secara perkongsian awam-swasta dengan MRCB akan menanggung kos pembangunan tanpa menggunakan dana awam dan syarikat itu akan dianugerahkan pertukaran tanah kawasan sekitarnya untuk dibangunkan.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata projek tersebut dijangka bermula seawal tahun hadapan dengan jangkaan siap pada 2026 seiring pembinaan stesen Aliran Transit Ringan (LRT) 3 yang berdekatan dengan kawasan kompleks berkenaan.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge