Cikgu Fadli Salleh

Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan memutuskan Cikgu Fadli Mohamed Salleh, guru Matematik tidak bersalah susulan kelantangannya bersuara mengenai silibus pembelajaran yang didakwanya terlalu tinggi dan tidak sesuai.

Fadli menerusi siaran langsung di Facebook mengesahkan perkara itu. Ini sekaligus menandakan guru Sekolah Kebangsaan (1) Gombak itu bebas daripada tiga tuduhan ke atasnya.

“Saya rasa kenapa saya tidak didapati bersalah adalah kerana tekanan netizen, kalau didapati bersalah, rakyat akan bangkit. Saya yakin tindakan ini kerana ada dendam orang tertentu terhadap saya.

“Ini kezaliman yang nyata dan kesalahan saya tak setimpal dengan denda yang hendak dikenakan,” katanya.

Cikgu Fadli

Guru sekolah rendah itu turut menyuarakan rasa berterima kasih kepada pihak menyokong. Dan merasakan denda yang ditujukan kepadanya sebelum ini tidak munasabah, hanya kerana lantang bersuara berkenaan isu pendidikan.

“Saya dizalimi, sebab itu sokongan orang ramai nampak. Orang tak kenal saya sebelum ini pun bila dia baca pertuduhan saya kerana menulis berkenaan silibus dan sebagainya, patutkah orang ini dibuang? Tak patut, sebab itu sokongan jadi melampau,” katanya.

Buku Latihan Matematik Cikgu Fadli Salleh

Sokong Cikgu Fadli dengan beli Buku Latihan: Mathzier 2.0 Matematik Cikgu Fadli Salleh

Menteri Kanan Pendidikan, Radzi Jidin memaklumkan keputusan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan terhadap guru berkenaan akan diketahui hari ini, yang akan diserahkan kepada ketua jabatan guru matematik berkenaan.

Kelmarin, Ketua Pengarah Pendidikan Pkharuddin Ghazali dilaporkan berkata, Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan dijadualkan bersidang hari ini selepas menerima surat representasi yang dikemukakan Fadli pada Jumaat lalu.

Radzi Jidin Cikgu Fadli Salleh

Pkharuddin memaklumkan, surat yang diterima Fadli tidak membawa maksud hukuman sudah dijatuhkan oleh Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan.

Sebelum ini, Fadli mendakwa akan dikenakan tindakan dibuang kerja atau diturunkan pangkat. Dikatakan kerana menyuarakan pandangan mengenai silibus pembelajaran yang menurutnya terlalu tinggi dan tidak sesuai.

Dalam hantaran Facebooknya menyatakan, bilangan murid di dalam kelas terlalu ramai. Selain itu, subjek pembelajaran yang banyak serta isu beg berat yang boleh memudaratkan kesihatan murid.

Meskipun kesnya mendapat perhatian beberapa pemimpin politik, namun Cikgu Fadli tetap dengan pendiriannya. Beliau tidak membiarkan dirinya menjadi bahan politik oleh mana-mana pihak.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge