Sempena Bulan Jantung Sedunia ini, 25,946 rakyat Malaysia telah berjaya melangkah 1,483,300 batu bersama ke arah negara yang sihat jantung secara maya. Susulan kejayaan itu, NESTLÉ OMEGA PLUS telah menunaikan ikrar untuk menyalurkan RM100,000 kepada Yayasan Jantung Malaysia (YJM) dan Yayasan Institut Jantung Negara (IJN).
Sejak tahun 2000, NESTLÉ OMEGA PLUS telah menjadi penyokong teguh untuk kesihatan jantung. Ia selaku menerajui kesedaran kesihatan jantung serta faktor-faktor yang mempengaruhinya, termasuk kolesterol tinggi. Penyakit jantung, yang sudah menjejaskan lebih 8 juta ataupun 40% orang dewasa di Malaysia, merupakan antara pembunuh utama di Malaysia.
Dalam pada itu, kolesterol tinggi merupakan faktor utama penyakit jantung, khususnya bagi golongan berumur 40 tahun ke atas. Bagaimanapun, tidak ramai yang prihatin terhadap paras kolesterol mereka akibat kekurangan diagnosis serta pendidikan tentang impak kolesterol tinggi.
Bertemakan ‘Langkah Bersama, Jantung Dijaga’, tahun ini merupakan tahun ketiga berturut-turut NESTLÉ OMEGA PLUS telah bekerjasama dengan YJM dan Yayasan IJN, sekali gus mencerminkan komitmen tingginya dalam mendidik rakyat Malaysia mengenai kesihatan jantung dan kepentingan gaya hidup aktif, disamping memberi peratian kepada pesakit jantung yang memerlukannya.
Bina Negara Yang Sihat Jantung
“Acara kami Walk a Million Miles (WAMM) menggalakkan rakyat Malaysia untuk membudayakan gaya hidup sihat. Ia juga meningkatkan penjagaan kesihatan jantung mereka. Tahun ini bukan sahaja melihat kadar penyertaan yang tertinggi. Malah kita turut melangkah lebih jauh dengan peningkatan 65% dalam bilangan peserta yang berjaya mencapai sekitar 150,000 langkah secara terkumpul.
Kami amat menghargai penglibatan mereka yang begitu bersemangat dan berbangga untuk meneruskan kerjasama dengan IJN dan YJM. Mereka menyokong usaha murni mereka dalam menjaga pesakit jantung melalui sumbangan tunai kami,” kata Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlè (Malaysia) Berhad.
“Memandangkan bilangan pesakit jantung yang amat tinggi begitu membimbangkan di Malaysia, kita perlu melipatgandakan kesedaran kesihatan jantung dalam kalangan rakyat Malaysia. Perubahan gaya hidup harus bermula dengan sesuatu yang mudah diamalkan, seperti berjalan kaki dan meningkatkan matlamat secara berperingkat.
Perubahan ini tidak akan berlaku dalam sekelip mata dan sejak beberapa tahun lalu, kami telah melihat trend yang positif. Ini menunujukkan satu perkembangan yang memberangsangkan untuk negara,” kata Dato’ Dr Aljafri dari YJM.
Baca juga : Nestle Omega Plus Umum Kerjasama dengan Kumpulan AEON
Pelbagai Peringkat Umur
“Saya sungguh terharu melihat rakyat Malaysia bersatu setiap September untuk menyertai inisiatif Walk a Million Miles, menjaga kesihatan jantung mereka. Dan saya telah menyaksikan ramai keluarga berjalan bersama-sama untuk tujuan tersebut. Malah, saya lebih teruja lagi apabila mendapat tahu WAMM telah menyemarakkan semangat lebih ramai orang dari semua peringkat umur untuk berjalan.
Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada rakyat Malaysia dan NESTLÉ OMEGA PLUS kerana menjayakan usaha ini,” kata Toh Puan Dato’ Seri Hajjah Dr. Aishah Ong dari Yayasan IJN.
Salah seorang peserta yang menyertai WAMM di KL Car Free Morning, Aida, berkongsi cerita. “Saya tidak sabar-sabar untuk menyertai WAMM setiap tahun bersama keluarga saya. Oleh sebab saya sering mengunjungi KL Car Free Morning, jadi saya sekeluarga mempunyai lebih alasan untuk mengambil bahagian dalam keseronokan itu.
Saya dan suami akan berjalan, manakala anak-anak kami akan berbasikal dan menaiki skuter mereka. Ianya satu inisiatif yang cukup hebat. Dan saya turut berbesar hati kerana berpeluang melibatkan keluarga saya dalam usaha murni menyantuni pesakit jantung yang memerlukan.”
NESTLÉ OMEGA PLUS berharap acara Walk a Million Miles akan terus membudayakan tabiat berjalan dalam kalangan rakyat Malaysia. Ayuh kita seru setiap orang agar mengambil tindakan proaktif untuk menjaga jantung mereka dalam jangka panjang. Perubahan bermula daripada anda dan setiap langkah adalah penting untuk membina sebuah negara yang sihat.