Keputusan permohonan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk kemasukan ke program pengajian asasi, sijil, diploma dan ijazah sarjana muda akan diketahui hari ini.
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam kenyataannya memaklumkan ia membabitkan kemasukan ke universiti awam (UA), Institusi Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).
Individu yang memohon boleh menyemak status bermula jam 12 tengah hari, pada hari berkenaan melalui saluran hebahan di UPUPocket 2.0.
Selain semakan keputusan UPU secara online, keputusan tawaran UPU juga boleh disemak melalui perkhidmatan SMS dan aplikasi mobile UPU Pocket 2.0 seperti berikut :-
SEMAKAN KEPUTUSAN UPU 2020 MELALUI SMS
i) Universiti Awam (UA) Dan Politeknik Premier
Taipkan: UPU (Jarak) RESULT (Jarak) No Kad Pengenalan dan SMS ke 15888
ii) Politeknik Konvensional / METrO / Kolej Komuniti / ILKA (TVET)
Taipkan: UPU (Jarak) TVET (Jarak) No Kad Pengenalan dan SMS ke 15888
Pautan URL semakan keputusan UPU:-
APLIKASI MOBILE UPUPOCKET 2.0
Boleh juga buat semakan dengan gunakan aplikasi UPUPOCKET 2.0. Aplikasi boleh dimuat turun di Google Play Store melalui pautan Aplikasi UPUPocket Android dan Apple App Store melalui pautan Aplikasi UPUPocket iOS.
Bagi permohonan ke Politeknik Premier, Politeknik Konvensional / METrO, Kolej Komuniti dan ILKA, rayuan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan terus kepada agensi berkaitan.
Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA Jabatan Pendidikan Tinggi (BKPA JPT) akan membuka kemudahan ‘Hotline’ mulai 3 Jun hingga 10 Jun dari jam 8.30 pagi hingga 4 petang untuk memudahkan pemohon membuat semakan dan mendapatkan khidmat runding cara.
Pemohon boleh menghubungi BKPA JPT di talian telefon 03-8870 8200 untuk bantuan