harvest gourmet

Harvest Gourmet, jenama produk makanan berasaskan tumbuhan Nestle Malaysia, melancarkan kempen #HGEatGoodChallenge hari ini bagi mendidik dan mengadvokasikan pemakanan yang lebih sihat dan mampan dalam kalangan rakyat Malaysia, dengan kerjasama BookDoc.

Di peringkat global, masyarakat kini lebih peka terhadap kepentingan kesihatan dan isu alam sekitar. Semakin ramai individu mengurangkan pengambilan daging dan mengamalkan diet berasaskan tumbuhan. Dengan menawarkan produk makanan berasaskan tumbuhan yang lazat, ringkas dan mudah disediakan. Di samping memberi tekstur, nutrisi dan nilai produk yang tinggi, Nestle Harvest Gourmet memberikan pengguna Malaysia suatu alternatif yang lebih sihat sebagai makanan harian kegemaran mereka.

Topik berkaitan produk makanan berasaskan tumbuhan telah menjadi fokus pada Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP 27) 2022 baru-baru ini. Sistem pemakanan global bertanggungjawab terhadap lebih 30% daripada pelepasan gas rumah hijau. 57% daripadanya adalah berpunca daripada pemprosesan daging, produk tenusu dan tanaman untuk makanan haiwan.

Oleh itu, peralihan kepada diet berasaskan tumbuhan adalah satu tindakan positif bagi mengatasi perubahan iklim. Pada majlis pelancaran kempen #HGEatGoodChallenge, Encik Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad berkata lebih ramai rakyat Malaysia mula mengamalkan diet yang lebih baik serta peka terhadap kesan pemilihan makanan mereka kepada planet.

Nestle’s Harvest Gourmet recipe

Cabaran #HGEatGoodChallenge mulai 10 Disember 2022

Kempen #HGEatGoodChallenge ini bertujuan menggalakkan dan memberi pengalaman kepada rakyat Malaysia mempelajari cara mudah untuk mengamalkan cara pemakanan berasaskan tumbuhan yang lazat dan lebih sihat dalam diet harian mereka.

“Kempen ini amat bermakna khususnya sebagai permulaan kepada tahun baharu dengan gaya hidup lebih sihat, sambil berbuat baik kepada planet!” kata Juan dengan penuh semangat.

Cabaran #HGEatGoodChallenge akan berlangsung mulai 10 Disember 2022 hingga 8 Januari 2023 melalui aplikasi kesihatan BookDoc. Peserta dikehendaki menyediakan dan menghantar 15 hidangan Harvest Gourmet dan mencatatkan sekurang-kurangnya 120,000 langkah dalam tempoh cabaran selama 30 hari untuk melayakkan diri memenangi hadiah-hadiah menarik.

Selain itu, setiap peserta yang berjaya melengkapkan cabaran akan menerima E-sijil daripada Nestlé RELeaf di mana Harvest Gourmet komited untuk menanam sebatang pokok baharu untuk setiap peserta yang melengkapkan cabaran. Nestlé RELeaf merupakan inisiatif penghutanan semula terbesar Nestlé Malaysia yang bermatlamat menanam tiga juta pokok menjelang akhir tahun 2024.

Presenting Nestle’s Harvest Gourmet

Nestle Harvest Gourmet Diet berasaskan tumbuhan

Selebriti pempengaruh Scha Alyahya, Dini Schatzmann dan Qiu Wen turut hadir untuk berkongsi pengalaman mereka. Amalan pemakanan berasaskan tumbuhan dalam diet mereka memberikan kesan positif makanan ini terhadap kehidupan. Acara itu juga menampilkan rakan usaha sama #HGEatGoodChallenge yang terdiri daripada kumpulan F&B seperti Epic Food Hall, KyoChon, Uncle Bob Sabah, Sheraton KL, EQ Hotel dan lain-lain yang akan menyediakan hidangan Nestle Harvest Gourmet di restoran mereka untuk dijadikan pilihan para peserta sepanjang tempoh cabaran.

Turut hadir dalam acara pelancaran ini adalah Presiden Persatuan Vegetarian Malaysia, Encik RajKumar R G Sheth. Beliau akan memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan kesedaran tentang pemakanan berasaskan tumbuhan. Manakala perunding pakar dietetik Puan Indra Balaratnam berkongsi pandangan penting tentang pemakanan sihat.

“Pemakanan merupakan salah satu elemen penting dalam spektrum kesihatan. Walau bagaimanapun, kebanyakan kita mengabaikan tabiat pemakanan yang seimbang kerana gaya hidup kita yang sibuk dan kurang disiplin. Statistik menunjukkan bahawa 1 daripada 2 orang dewasa adalah berlebihan berat badan atau obes. 3 daripada 10 orang dewasa mempunyai tekanan darah tinggi dan penyakit jantung kekal sebagai penyebab utama kematian di Malaysia 1.

Diet berasaskan tumbuhan telah terbukti banyak memberi manfaat kepada kesihatan kita. Ia dapat merendahkan risiko penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi dan diabetes, serta meningkatkan jangka hayat kita.

Indra berkongsi dua resipi mudah dan lazat berasaskan produk Nestlé Harvest Gourmet untuk cabaran tersebut semasa acara pelancaran. Resipi Spicy Gochujang Honey Glazed Gourmet Nuggets dan Spiced Harvest Gourmet Mince with Green Peas. Kedua-dua resipi ini akan menjadi sebahagian daripada 15 inspirasi hidangan berasaskan tumbuhan yang ditampilkan untuk peserta cabaran #HGEatGoodChallenge.

Nestle’s Harvest Gourmet

Eat Good, Feel Good

Selaras dengan janji jenama Nestle Harvest Gourmet “Eat Good, Feel Good”, syarikat komited untuk membangunkan produk berasaskan tumbuhan yang lazat dan berkualiti tinggi, khususnya buat pengamal diet vegan serta berjuta-juta rakyat Malaysia yang ingin mengurangkan pemakanan daging, sebagai suatu alternatif yang enak dan lebih sihat.

Nestle Harvest Gourmet menggunakan 100 peratus bahan-bahan berasaskan tumbuhan yang dipilih dengan teliti. Bahan-bahan tersebut diadun dengan cermat dan diperkenalkan dalam format yang mudah disediakan serta lazat untuk kegunaan di rumah dan di luar rumah. Rangkaian produk Harvest Gourmet terdiri daripada snek nuget, kutlet, burger serta mince dan kepingan Chargrilled yang sesuai digunakan dalam resipi.

Produk berasaskan tumbuhan terus menjadi keutamaan bagi Kumpulan Nestle di seluruh dunia. Ini dibuktikan melalui pelancaran kilang pembuatan produk berasaskan tumbuhan yang pertama di Shah Alam pada tahun 2021. Merupakan yang pertama di ASEAN dan hanya satu daripada dua di Asia untuk memenuhi pasaran tempatan dan eksport.

Hadiah mingguan menanti dan tiga orang peserta teratas. Mereka akan memenangi hadiah seperti Apple Watch Ultra, Apple Watch SE dan Apple Airpods.

Untuk maklumat lanjut tentang #HGEatGoodChallenge., sila layari http://www.harvestgourmet.my/whatsnew-tips.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge