Ajaran Sesat Millah Abaraham

Ajaran Millah Abraham ini mula dikesan berkembang di Malaysia pada tahun 2013 setelah aduan diterima oleh Bahagian Perancangan Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengenai isteri pengadu yang bekerja sebagai kerani di sebuah sekolah Tamil. Pengadu memaklumkan isterinya telah terlibat dengan ajaran Millah Ibrahim@Abraham yang mendakwa tidak perlu sembahyang kerana tidak ditunjukkan cara-caranya di dalam Al-Quran.

Diikuti pula aduan seorang bapa yang ditinggalkan oleh anak dan isteri kerana tidak mahu mengikuti ajaran kumpulan ini yang disyaki menyeleweng dari ajaran Islam sebenar.

Ajaran Millah Ibrahim@Abraham mempunyai persamaan dengan kumpulan Negara Islam Indonesia (NII) atau Pemuda Kahfi atau Ad-Deen yang telah difatwa dan diwartakan sebagai menyeleweng pada 31 Mac 2011 yang lalu. Berdasarkan maklumat pengadu dan mereka yang terlibat dengan ajaran ini mendapati aliran tersebut berasal daro Bogor, Indonesia.

Mereka diketuai oleh Ahmad Musadeq yang pernah membawa aliran sesat Al-Qiyadah yang telah didirikan oleh beliau pada tahun 2007. Beliau juga sering hadir ke Malaysia bagi tujuan penyebaran ajaran tersebut.

Ajaran sesat Millah Abraham

Difatwakan Menyeleweng

Golongan Millah Ibrahim@Abraham mengatakan bahawa Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW telah lama jatuh sejak tahun 1324 Hijrah dengan kejatuhan kerajaan Bani Abbasiah akibat serangan puak Monggol kea as Baghdad yang telah membuang kitab-kitab khazanah Islam ke dalam sungai. Maka, ajaran Islam yang ada sekarang adalah palsu. Kerajaan Millah Ibrahim akan naik semula dan akan dibawa oleh rasul yang baharu (Ahmad Musadeq).

Millah Ibrahim merupakan ajaran yang difatwakan menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam berdasarkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.

Fatwa diwartakan pada 17 Sep 2015 telah menegaskan beberapa perkara berikut:

  • Konsep Nubuwwah yang wajib diyakini ialah konsep Nubuwwah ini diteruskan oleh mana-mana inidividu yang dipilih untuk menyebarluaskan ajaran Islam.
  • Agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW telah berakhir sejak kejatuhan kerajaan Islam dan diganti dengan agama baru iaitu Millah Ibrahim.
  • Menggelar mereka yang tidak mengikuti ajaran Millah Ibrahim sebagai sesat, kafir dan syirik serta wajib bertaubat dengan ajaran berkenaan.

Kumpulan itu juga mendakwa sesiapa yang menuduh ajaran Millah Ibrahim sebagai sesat sebenarnya telah memperbodohkan diri sendiri.

– Menuduh ulama muktabar sebagai sesat.
– Menafikan kefardhuan solat lima waktu dan solat jumaat.
– Mewajibkan bai’ah dan berpegang dengan bai’ah.
– Terlalu taksub dengan dakyah mereka sehingga sanggup membuang keluarga, ibu bapa, isteri dan lain-lain hanya kerana tidak mengikut Millah Ibrahim ini.
– Menggabungkan kitab suci tiga agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi.
– Tidak makan sembelihan daging orang Islam.
– Mensasarkan golongan muda sebagai wadah untuk dakyah yang dibawa.
– Mempunyai unsur militan yang sesat dan membahayakan.
– Bersembahyang melalui penyampaian makna dalam Bahasa Melayu
– Tidak berpegang kepada hadis Nabi SAW.

Baca juga : Perjalanan Mimpi Yang Terakhir, Sittah Annur Ditahan

Artikel Berkaitan : Istitabah Masitah, Bekas Ketua Ajaran PMYT Seru Pengikut Bertaubat

Penyebar Millah Abraham
keratan Harian Metro 11 November 2014

Modus operandi dan strategi

Baru-baru ini, ajaran sesat berkenaan turut mengambil kesempatan meluaskan propaganda melalui media sosial seperti kelas al-Quran secara dalam talian.

Justeru itu, pergerakan tersembunyi ajaran Millah Ibrahim menerusi modus operandi secara aktif yang berstrategi merupakan suatu ancaman keselamatan dan menggugat ketenteraman awam.

Terdapat beberapa strategi dan modus operandi yang digunapakai seperti berikut:

Strategi Pertama: Indoktrinasi Ahli

Gerakan Millah Ibrahim menanam doktrin-doktrin dalam kalangan pengikut dan pemimpin mereka bagi mengukuhkan pegangan dan pemikiran seperti yang berikut:

1. Indoktrinasi Fasa Perubahan Sistem

– Fasa Hijrah dan Yaumul Fath iaitu Hari Pembukaan.

– Dakwah secara al-sirr iaitu sembunyi yang terancang.

– Fasa Jihad Qital iaitu peperangan.

– Fasa menubuhkan pemerintahan sendiri.

– Dakwah secara al-jahr iaitu terang-terangan.

– Fasa Penubuhan Daulah iaitu negara, mewujudkan wilayah yang bebas dari aspek pentadbiran dan penguasaan.

2. Indoktrinasi Sistem & Disiplin Ahli

– Membina hubungan rapat antara ahli baru dan ahli lama.

– Memantau rapat ahli mengikuti setiap pengajian dan propaganda.

– Menggunakan kod rahsia sebagai identiti setiap ahli.

– Menggubal silibus pengajian berperingkat bagi setiap tahap dalam sistem ahli.

– Menutupi silibus daripada diketahui umum ketika pergi dan balik dari pengajian.

– Merahsiakan setiap keahlian.

– Menyembunyikan susunan heiraki.

– Melindungi maklumat pimpinan.

– Melantik pedamping yang kompeten sebagai wakil rasul iaitu penyampai untuk ahli baru.

– Mengenakan bayaran wang taubat.

– Menuntut bayaran wang pengajian.

– Menetapkan bayaran wang untuk tujuan penubuhan daulah.

– Meletakkan bayaran wang melawat negara Islam.

– Melafazkan aku janji iaitu bai’ah sebagai janji setia ahli kepada pimpinan utama.

– Menggariskan tuntutan cerai bagi pasangan yang tidak menyertai gerakan.

– Memberi amaran bagi ahli yang melanggar aku janji iaitu bai’ah.

– Menyediakan ganjaran bagi ahli yang setia dengan aku janji iaitu bai’ah.

Strategi Kedua: Propaganda

Selain itu, gerakan Millah Ibrahim menghebahkan secara teratur ajaran mereka bagi mempengaruhi dan mendapatkan sokongan daripada khalayak ramai seperti berikut:

1. Propaganda Operasi

– Menjalankan operasi dengan nama yang pelbagai.

– Menggunakan medium pengajian kelas al-Quran dalam talian.

– Melaksanakan aktiviti secara bersemuka dengan terancang dalam kelompok yang kecil sekitar tiga hingga lima orang.

2. Propaganda Pusat Pengajian (strategy propaganda)

– Menggunakan premis yang pelbagai seperti bangunan pejabat, rumah kedai serta rumah sewa.

– Menggunakan rumah persendirian ahli bagi perkumpulan ahli skala kecil.

– Penyampai sentiasa berpenampilan dengan pakaian kemas.

– Propaganda Tenaga pengajar (boleh masuk strategi kedua-propaganda)

– Penyampai menggunakan nama singkatan atau

– Dipimpin oleh penyampai yang dikenali sebagai wakil rasul.

– Penyampai melakukan metodologi terjemahan al-Quran sebagai tema perbincangan.

– Penyampai menjalankan rujukan kepada Injil bersama-Quran terjemahan dalam tema perbincangan.

Strategi Ketiga: Perkaderan Ahli Millah Abraham

Di samping itu, gerakan Millah Ibraham memberi keutamaan kepada perkaderan ahli bagi melatih ahli baru untuk meneruskan agenda mereka iaitu:

– Sasaran Perkaderan Ahli

– Mementingkan rangkaian kelas profesional yang mempunyai pendapatan tetap.

– Menjejaki lingkaran latar belakang keluarga yang berharta.

– Meninjau lapisan komuniti yang mempunyai pendidikan akademik yang tinggi.

– Mensasarkan pemuda sebagai golongan pelapis gerakan masa hadapan.

– Menumpukan kumpulan yang kurang pengetahuan agama.

– Mengutamakan kelompok yang mempunyai keberanian dan semangat yang tinggi.

– Mendahulukan kenalan dan kawan yang rapat kepada ahli yang sedia ada.

Millah Abraham

Ajaran Millah Abraham Wajib Diperangi

Berdasarkan senarai modus operandi di atas, strategi gerakan Millah Ibrahim menunjukkan pertentangan terhadap kuasa autoriti agama. Kelicikan strategi gerakan Millah Ibrahim yang berterusan ini mampu mengancam keselamatan negara.

Hal yang demikian kerana gerakan ini memberi implikasi kepada sifat taasub yang melampau dan fenomena takfir iaitu kafir mengkafirkan dalam kalangan masyarakat Islam.

Oleh itu, kerjasama dan tindakan bersepadu pihak berkuasa agama bersama dengan pelbagai agensi kerajaan termasuklah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia perlu diperkukuhkan bagi memantau gerakan Millah Abraham dan kumpulan-kumpulan ajaran sesat lain yang boleh mendatangkan ancaman keselamatan dan menggugat ketenteraman awam.

Tindakan tegas terhadap pengikut dan pemimpin gerakan Millah Abraham@Ibrahim dan kumpulan-kumpulan ajaran sesat lain yang terlibat perlu dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012, Akta Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 dan Kanun Keseksaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge