STR 2023 e1678507276682

Tarikh permohonan baharu dan kemas kini data bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 secara dalam talian dibuka mulai 1 Mac sehingga 31 Mac depan, kata Kementerian Kewangan (MoF).

Ini bertujuan memastikan mereka yang layak atau masih tiada dalam pangkalan data kerajaan dapat mengemukakan permohonan masing-masing selain membolehkan penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat untuk membuat pengemaskinian.

STR 2023 akan membantu meringankan beban sara hidup hampir 9 juta penerima dengan peruntukan hampir RM8 bilion.

Sumbangan Tunai Rahmah 2023

Pembayaran STR fasa satu kepada 8.7 juta golongan B40 bernilai RM1.67 bilion akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima berdaftar secara berperingkat pada 17 Januari 2023. Pembayaran STR dibuat mengikut kategori penerima dengan empat juta isi rumah masing-masing menerima RM300 manakala 1.2 juta warga emas yang tiada pasangan dan 3.5 juta penerima bujang masing-masing menerima RM100.

Data penerima STR fasa satu akan dibawa secara automatik ke dalam pangkalan data kerajaan bagi mengurangkan golongan yang tercicir atau exclusion error, selain data daripada beberapa agensi kerajaan akan disemak silang kelayakan STR mengikut syarat yang ditetapkan.

Kementerian Kewangan juga akan memperhebatkan program turun padang bersama pemimpin komuniti dan pelusuk desa bagi memastikan STR dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia.

Sumbangan Tunai Rahmah 2023

Bagi penerima STR 2023 Fasa 1 yang tiada akaun bank, tuntutan tunai boleh dilakukan di mana-mana cawangan BSN

Bayaran bagi STR 2023 Fasa 1 dan 2 menggunakan maklumat penerima BKM 2022 dan pembayaran Fasa 3 dan 4 akan menggunakan maklumat penerima STR 2023.

Pendaftaran STR boleh dibuat :

i. Secara dalam talian mulai 01 Mac 2023 – 31 Mac 2023
ii. Secara borang kertas mulai 08 Mac 2023 – 31 Mac 2023
*Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa

Kaedah permohonan STR

i. Permohonan Secara Dalam Talian
a. Portal Rasmi STR LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
b. Aplikasi Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store /
App Store pada telefon bimbit
ii. Permohonan Melalui Borang
Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di:
a. Portal Rasmi STR LHDNM; atau
b. Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC)
LHDNM

Anda boleh menghantar Borang STR di Pejabat LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM; Atau

Penghantaran secara Pos. Namun, terhad kepada borang permohonan yang diterima sehingga tarikh akhir permohonan ke alamat seperti berikut:

Peti Surat STR
GPO Shah Alam
40800 Shah Alam
SELANGOR

Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima.

Wang Bantuan

Anda boleh menyemak status permohonan, mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan STR melalui saluran berikut:

i. Portal Rasmi STR LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
ii. Semakan secara Aplikasi Mobile Sumbangan Tunai Rahmah; atau
Muat turun di Play Store bagi platform Android dan di Apps Store bagi platform
iOS
iii. Hubungi Hotline BKK LHDNM: 1-800-88-2747
iv. Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566
(Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau
v. Hubungi Talian Pejabat LHDNM (Rujuk Portal Rasmi STR)
vi. Hadir sendiri ke Pejabat LHDNM / PS / UTC.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge