MyFuture Jobs

Berita baik buat penganggur dan graduan yang ingin mencari kerja kosong.

Untuk makluman, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mempelawa kepada individu yang masih menganggur termasuk graduan dan lepasan sekolah untuk mendaftar di portal MyFutureJobs PERKESO untuk menyertai Program Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya). Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi portal MyFutureJobs.

MyFuture Jobs Perkeso  adalah satu portal yang disediakan untuk membantu pencari kerja dan melancarkan padanan pekerjaan, pihaknya akan memanfaatkan Perkhidmatan Pekerjaan Negara, MyFutureJobs yang saling berkait dengan fungsi pengurusan kes yang membolehkan Kaunselor Kerjaya Perkeso menyediakan sokongan individu untuk pencari kerja terutama golongan yang mudah terjejas.

MyFutureJobs Penjana

Portal MyFutureJobs Perkeso adalah percuma untuk semua pencari kerja dan majikan yang dibangunkan berdasarkan kerangka Perkhidmatan Pekerjaan Awam mengikut definisi Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).

Cara Mohon Insentif PenjanaKerjaya

1. Bagi majikan yang telah mengambil pekerja melalui program MyFutureJobs, mereka mesti mendaftarkan pekerja-pekerja ini dengan PERKESO untuk caruman wajib.

2. Mulai 15 Jun 2020, majikan boleh mendaftarkan profil majikan di portal Penjana Kerjaya melalui laman web penjanakerjaya.perkeso.gov.my.

3. Mulai 1 Julai 2020, majikan boleh memilih nama pekerja yang diambil di bawah program ini melalui penjanakerjaya.perkeso.gov.my untuk kelulusan bayaran insentif.

Baca juga : Dapatkan RM50 ePenjana, Cara Daftar eWallet dan Tebus Kredit

infografik penjana kerjaya 090620

Perkhidmatan Pekerjaan Negara merangkumi penempatan pekerjaan, kaunseling kerjaya, kaunseling mendalam bagi golongan yang mengalami kesulitan, bantuan mobiliti, bantuan kewangan untuk kehilangan pekerjaan dan program pasaran buruh aktif.

Semua pihak layak memohon pekerjaan dalam portal itu secara percuma dan akan turut dibantu dari segi pencarian kerja dan latihan.

Portal ini telah lama diwujudkan untuk membantu mereka yang hilang pekerjaan di bawah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) tetapi kita naik taraf bukan hanya kepada pencarum atau mereka yang tertakluk kepada SIP tetapi diperluaskan kepada siswazah tamat belajar, penganggur dan sebagainya.

insentif pengambilan pekerja

Bagi mereka yang berada di kawasan yang kurang capaian internet pula, tak perlu risau, mereka hanya perlu ke Pusat Internet Desa (PID) di kawasan mereka, dan pengendali di PID yang telah dilatih Perkeso akan membantu mereka menggunakan portal berkenaan.

Menjawab kegusaran orang ramai mengenai kerjasama platform portal itu dengan portal swasta dalam usaha menaik taraf portal pekerjaan yang mungkin mewujudkan pertindihan, beliau berkata tidak timbul isu berkenaan memandangkan fokus Perkeso hanya untuk membantu majikan mencari pekerja dan pencari kerja mendapatkan pekerjaan.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan Pegawai Perkhidmatan pelanggan PERKESO di talian 03-80915300 / 1300228000.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge