myFirst Key Visual

Memandangkan teknologi dan pengaruh media sosial sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita, kanak-kanak juga tidak terkecuali daripada penggunaan teknologi. myFirst kini dilancarkan di Malaysia dengan menawarkan peranti ekosistem teknologi selamat yang pertama di dunia. Aplikasi myFirst Circle pula merupakan alternatif media sosial terbaik untuk kanak-kanak.

Jam pintar myFirst Fone R1s dicipta khas untuk kanak-kanak menerokai teknologi dan berhubung dengan selamat dengan kawalan ibu bapa.

myFirst Fone R1s ini dilengkapi dengan panggilan suara dan video, mesej teks, pemain muzik, kamera, jam, GPS serta penjejak kecergasan. Ia turut dilengkapi dengan pemantauan kadar degupan jantung malah pengguna boleh mengumpul lencana menarik sambil mengetahui jumlah langkah mereka setiap hari. Jam pintar ini juga boleh digunakan untuk melatih kanak-kanak untuk menggunakan tetapan yang terdapat pada jam penggera dan peringatan.

Kanak-kanak atau ibu bapa boleh merakam suara untuk digunakan sebagai peringatan. Selain itu, muka jam pintar R1s ini boleh disesuaikan mengikut pemilihan wallpaper beranimasi dan swafoto yang sedia ada!

myFirst phone

Perintis jam digital terbaharu

Jam pintar R1s ini direka oleh G-Jay Yong bersama anak perempuannya, RuFaye Yong – pengurus produk termuda yang hanya berusia 8 tahun! Jam ini merupakan perintis digital terbaharu untuk keselamatan kanak-kanak. Syarikat ini menyedari keperluan kanak-kanak menggunakan teknologi untuk membantu perkembangan sosioemosi mereka. Pada masa yang sama, penggunaannya perlu dipantau untuk memastikan interaksi bersama orang tersayang dalam keadaan yang selamat.

“myFirst dicipta sebagai pengalaman teknologi selamat pertama buat kanak-kanak. Pengunaan
teknologi myFirst membantu proses perkembangan kanak-kanak melalui pengalaman
menggunakan peranti yang inovatif dan menyeronokkan. Kami cuba menzahirkan semula cara
kanak-kanak bermain sambil belajar dengan harapan agar ciptaan ini mampu melahirkan
komuniti yang membesar dengan pendedahan terhadap teknologi selamat sebelum mereka
berhadapan dengan dunia teknologi yang lebih mencabar.

Demi merealisasikan usaha ini, kami telah mencipta aplikasi lingkaran sosial yang selamat buat pengguna peranti myFirst yang dipanggil myFirst Circle,” kata G-Jay Yong, Pengasas myFirst.

Aplikasi myFirst Circle, turut dikenali sebagai “lingkaran sosial kanak-kanak yang pertama di
dunia”, menghubungkan aplikasi telefon ibu bapa kepada jam tangan pintar R1s anak mereka selain menawarkan pengalaman yang menyeronokkan. Aplikasi lingkaran sosial ini dilengkapi dengan panggilan suara dan video, mesej, lokasi serta perkongsian sosial yang digunakan oleh kanak-kanak, ibu bapa mahupun rakan-rakan.

Akses ini hanya terhad kepada kenalan rapat untuk berhubung antara satu sama lain melalui myFirst Circle demi memastikan keselamatan pengguna kanak-kanak. Sebarang pengiklanan juga tidak dibenarkan dalam aplikasi ini.

myFirst Social Circles

Pilihan myFirst Teknologi Selamat

Selain jam pintar R1s, myFirst turut mencipta beberapa produk lain seperti fon kepala aliran tulang, myFirst Headphones BC, Wireless atau Lite. Teknologi pengaliran tulang itu membenarkan kanak-kanak mendengar muzik tanpa menghalang pendengaran mereka agar kekal peka dengan bunyi persekitaran.

Selain menawarkan ciri-ciri pilihan teknologi selamat, myFirst turut mempunyai rangkaian produk yang boleh menggalakkan aktiviti seni kreatif untuk kanak-kanak. Kanak-kanak yang berjiwa seni boleh melukis dengan menggunakan myFirst Sketch, iaitu buku lakaran digital yang membolehkan lukisan disimpan secara digital.

Di samping itu, myFirst 3dPen juga membolehkan kanak-kanak untuk mencipta kraf dalam bentuk model 3D. Kanak-kanak yang meminati fotografi pasti akan menyukai myFirst Camera.

myFirst

Memandangkan teknologi semakin maju, kanak-kanak juga harus didedahkan dengan teknologi lebih awal untuk mengikuti keupayaan pembelajaran secara kognitif. myFirst menawarkan pelbagai pilihan produk supaya kanak-kanak boleh bermain sambil belajar dengan selamat dan mudah diakses oleh ibu bapa. 

myFirst dilancarkan secara rasmi di laman sesawang rasmi. Ibu bapa boleh membeli produk-produk ini di cawangan yang terpilih.

Untuk maklumat lanjut mengenai myFirst dan rangkaian produk, layari laman sesawang myfirst.tech

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge