mira tunang

Tiada lagi rahsia! Pelakon Mira Filzah mendedahkan hatinya kini sudah dimiliki seorang jejaka dan merancang untuk berkahwin tidak lama lagi.

Mira bagaimanapun berkata, dia masih belum bersedia untuk berkongsi maklumat lanjut mengenai hari bahagianya itu.

“Status sekarang saya tunangan orang… InsyaAllah apa sahaja nanti media akan dijemput. Kita ada wakil yang akan melakukan semua itu.

“Persiapan sekarang tengah on going, berapa peratus tu saya tak boleh untuk kongsi apa-apa lagi kerana masih di peringkat awal.

“Saya dah bersedia… kalau sudah ada semuanya kita akan beritahu dan pasti akan mengundang media,” katanya kepada mStar.

Mira Filzah Tunang

Mira mengakui hatinya sudah dimiliki.

Mira berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media Nurflix.tv di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, Shah Alam pada Khamis.

Pada April lalu, Mira Filzah mengesahkan kedua-dua belah keluarga telah bertemu bagi membincangkan mengenai hubungan mereka.

Perkara itu didedahkan oleh Mira ketika bersiaran langsung dalam program bual bicara santai bersama Ustazah Asma’ Harun di laman Facebook pendakwah itu.

Sebelum itu, beberapa blog hiburan melaporkan mengenai gosip kononnya Mira sudah dirisik dan bakal berkahwin pada Oktober depan.

Lebih menguatkan spekulasi apabila tersebar foto Mira bersama seorang jejaka dikenali sebagai Wan Emir iaitu anak kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar yang juga merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid.

biodata wan emir astar

Mira akan perkenalkan bakal suami kepada media apabila semuanya sudah pasti.

Sementara itu, pengacara program Nona ini berkata dia lebih selesa untuk tidak terlalu terbuka mengenai kehidupan peribadi.

Namun, dia tidak akan berahsia mengenai perkahwinan apabila semuanya sudah pasti.

“Saya masih lagi simpan hal peribadi… tidaklah terbuka sangat. Biasa-biasa sahaja! Sebenarnya perkara-perkara seperti ini saya diminta untuk keep it low

Mira Filzah Top 100 Entrepreneur

“Macam saya cakap sebelum ini kalau sudah ada perkembangan selanjutnya kita akan beritahu kita tidak akan merahsiakannya daripada pihak media.

“Tambah pula sekarang ini bila Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri ada beritahu kita boleh adakan majlis dengan jumlah kehadiran tertentu, kita akan cuba sediakan ruang dan peluang untuk pihak media.

“InsyaAllah bila tiba masanya kita akan jemput semua dan di situ kita akan jelaskan segalanya,” katanya yang memaklumkan bakal suami memahami kerjayanya sebagai selebriti.
MStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge