Hidayah Abam 1

Peguam yang mewakili balu Allahyarham Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali dari Tetuan Ibrahim & Fuaadah, Mohamed Ibrahim Mohamad menjelaskan tiada sebarang saman dikemukakan anak guamnya kepada ibu mentua, Sabariah Arshad seperti didakwa pelawak Ali Puteh baru-baru ini.

Sebaliknya Ibrahim memaklumkan, Sabariah bersama beberapa ahli keluarga yang lain bertindak memfailkan saman terhadap Hidayah.

“Kes ini bermula apabila kami memfailkan satu saman bagi pihak Hidayah terhadap Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan yang dikatakan mengeluar beberapa kenyataan yang menurut Hidayah berunsur fitnah terhadapnya.

“Kes ini difailkan sekitar Mei lalu dan baru-baru ini, Ali memfailkan satu lagi saman terhadap Hidayah. Tindakan saman yang dikeluarkan Ali turut bersama ibu, bapa dan kakak. Ini adalah tindakan yang berasingan yang dimulakan oleh kedua-dua belah pihak.

Peguam Balu Abam Bocey

“Walau bagaimanapun, baru-baru ini ada usaha untuk menggabungkan dua tindakan itu. Kami ingin menjelaskan di sini bahawa kami tidak pada bila-bila masa menyaman ibu kepada Ali. Tindakan saman hanya terhadap Ali tanpa ahli keluarga lain.

“InsyaAllah perbicaraan tuntutan akan digabungkan dan didengar di mahkamah tidak lama lagi,” katanya menerusi satu sidang media khas yang turut dihadiri Hidayah.

Sementara itu, menerusi kes berkaitan di mahkamah syariah yang membabitkan hak penjagaan anak dan faraid, peguam Hidayah dari Fadhlina Siddiq & Associates, Fadhlina Datuk Siddiq menjelaskan tuntutan yang dibuat tiada kaitan dengan isu saman-menyaman.

“Kes pertama berkaitan faraid, ia tiada kaitan dengan saman-menyaman kerana prosiding faraid untuk mengesahkan waris-waris kepada arwah saja dan kita sudah mengenal pasti waris terbabit.

“Tidak timbul isu saman kepada mana-mana pihak melainkan untuk mengesahkan saja siapakah waris yang berhak.

“Keduanya adalah berkaitan hak penjagaan anak yang mana prosiding itu dimulai dengan saman kerana memberi ruang keadilan kepada semua pihak untuk hadir ke mahkamah demi menjaga kebajikan cucu atau anak kepada arwah.

“Jadi, pihak ini dipastikan hendaklah semuanya datang ke mahkamah bagi menguruskan isu penjagaan anak.

“Jadi tidak timbul isu saman menyaman yang saya rasa pihak-pihak tertentu dan orang awam kena faham dari segi prosiding mahkamah,” katanya.

Ali Puteh HIdayah Abam

Fadhlina turut menasihatkan orang awam supaya tidak menyebarkan komen yang tidak sahih kerana fakta kes hanya akan dibentangkan di dalam mahkamah sahaja.

“Jangan buat andaian liar atau membuat anggapan tidak betul. Biar mahkamah yang tentukan dalam menilai dan menjaga kepentingan serta keadilan semua pihak.

“Saya ingin tegaskan prosiding sudah bermula jadi semua pihak harus hormat proses mahkamah. Saya juga sudah nasihati Hidayah supaya tidak memberikan sebarang kenyataan,” katanya.

Kemelut antara Ali dan Hidayah yang bermula sejak Februari lalu terus berlarutan sehingga kini apabila kedua-dua belah pihak saling memfailkan saman. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge