Janda Baik. Tak jauh dari kota metropolitan Kuala Lumpur yang sesak dengan kenderaan, perjalanan ke Janda Baik memang berbaloi untuk beristirehat. Kesegaran suasana sememangnya dapat dirasai tatkala berada di Janda Baik Resort yang terkenal dengan air terjun dan sungai yang jenih dan sejuk.
Walaupun jalan agak berliku-liku dari persimpangan Genting Sempah, ia bukanlah sesuatu yang sukar kerana jalan bertar masih ada di sana dan sebenarnya ada pelbagai tempat menarik yang mungkin orang di luar tidak mengetahuinya.
Ia merupakan sebuah lokasi untuk kita berehat bersama keluarga, sahabat, yang tersayang dan kesemua itu boleh dirancang dengan sebaiknya. Pelbagai lokasi chalet dan resort ada di Janda Baik ini.
Maahad Tahfiz yang terletak di Sum Sum Hilir boleh kita nampak sebelum masuk ke kawasan pekan Janda Baik. Ada simpang yang menghala ke kawasan tersebut. Lokasinya memang cantik, nyaman dan sudah pastinya tenang.
Ada juga kolam memancing bagi mereka yang ingin memancing di Janda Baik ini.
Kedai makan pula ada beberapa tempat yang buka sehingga waktu malam lebih lebih lagi di waktu hujung minggu atau cuti sekolah. Makanan di Nero Bianco Deli ni pun sedap dan mesti cuba makanan western kat situ. Sedap!
Antara tempat lain yang dapat dilihat di pekan Janda baik adalah:
- Sekolah Kebangsaan Janda Baik
- Masjid Sultan Abu Bakar
- Stadium Frenz United
Tak sangka pula aku yang di Janda Baik ni pun ada akademi bolasepak. Bagi mereka yang mahukan aktiviti berbasikal atau outdoor, boleh hubungi Brother Jawa di Facebook Usaha Bakti Farm and Outdoors.
Kebanyakan pengusaha chalet dan kedai-kedai di sini ada mempunyai pertalian darah keluarga. Jadi, jika anda perlukan sesuatu perkhidmatan lain, boleh tanya mereka dan mereka akan cadangkan beberapa pilihan untuk anda.
Jungle Trekking, Paintball, ATV dan macam-macam lagi aktiviti yang boleh dibuat di Janda Baik ini sama ada bersama keluarga, rakan sekerja mahupun kenalan rapat.
Banyak chalet atau resort yang rakan-rakan lain dah singgah contohnya D’Ark, Hawa Resort, Cherengin Hills dan pelbagai lagi. Penulis juga sempat untuk singgah Bermalam di Ena’s Place, Kampung Janda Baik.
Selain itu, air sungai di sini memang segar dan jernih. Persekitaran masih dijaga rapi dan ketenteraman dapat dirasai ketika berada di Janda Baik. Bagi mereka yang ingin ke Janda Baik, inilah masanya untuk berehat dan bersantai sambil menikmati alam semulajadi yang sangat tenang.
Bila nak bercuti atau berhujung minggu, jangan fikir apa lagi.
Pilih saja ke Janda Baik dan tempahlah chalet dan resort untuk bercuti! Pilihan juga untuk ke lokasi-lokasi lain dan untuk mendapat diskaun terbaik tempahan bilik hotel sehingga 60% sila klik banner di bawah :
TEMPAHAN HOTEL SECARA ONLINE UNTUK DISKAUN SEHINGGA 60%
Jangan bazirkan duit anda buatlah tempahan bilik hotel di lokasi menarik pelancongan di Malaysia secara online.