4 Oktober 2020 adalah tarikh rasmi bagi penduduk-penduduk di Arab Saudi untuk menunaikan umrah ataupun untuk solat di dalam Masjidil Haram dalam fasa pertama. Hanya 6000 jemaah yang pertama akan dibenarkan untuk masuk ke dalam Masjidil Haram.
Kementerian Haji dan Umrah telah mengumumkan cara-cara mendaftar bagi yang ingin menunaikan Umrah ataupun solat di dalam Masjidil Haram mahupun di dalam Rawdah in Masjid Nabawi.
Ini adalah cara-cara untuk mendaftar diri bagi yang ingin menunaikan umrah dan sebagainya pada waktu tersebut:
- Muat turun aplikasi ‘اعتمرنا’ (atau Eatmarna) dari mana-mana iOS ataupun Android.- Ianya akan dirasmikan pada 10 Safar 1442H (bersamaan 27 September 2020)
- Apabila sudah daftar:- Pilih tarikh yang ada untuk umrah atau solat di dalam Masjidil Haram atau Rawdah.- Isikan maklumat perinci anda (nama, nombor iqamah dll.) Orang yang mendaftar PERLU bebas dari COVID19.
- Tunggu kelulusan untuk dapatkan permit tersebut.
- Semua jemaah perlu berkumpul di pusat pengangkutan dan berkumpul di Makkah. – TEMPAT BERKUMPUL akan dimaklumkan
- Tunjukkan permit kepada pegawai yang berada di pusat pengangkutan itu.- WAKTU BERKUMPUL akan dimaklumkan dan jemaah perlu MEMATUHI waktu tersebut.
- WAJIB memakai mask muka dan mengikuti langkah berjaga-jaga yang telah dimaklumkan.
- MENAIKI pengangkutan yang telah disediakan dari pusat pengangkutan.
- Menaiki pengangkutan tersebut ke Masjidil Haram.
- Setelah selesai umrah/solat, jemaah MESTI pulang ke tempat yang telah ditetapkan ataupun pusat pengangkutan tersebut.
Kepada yang sudah mempunyai permit tersebut dibenarkan bermalam di mana-mana hotel dalam Makkah. Mereka PERLU dapatkan permit jika hendak solat di dalam Masjidil Haram.
Semoga Allah permudahkan urusan kita semua
Penulis Kenangan Terindah.
Ahad, 27 September 2020 / 10 Safar 1442H
Pesanan buat anda yang berada di Arab Saudi dan ingin mendaftar di aplikasi EATMARNA اعتمرنا, anda harus muat turun dahulu aplikasi TAWAKKALNA توكلنا dan daftarkan identiti anda di apps itu terlebih dahulu.
اِعْتَمَرْنَابِالطَّوَافِ تَبَارَكْنَا … وَبِالسَّعْيِ ارْتَوَيْنَا
Kami buat UMRAH Dengan TAWAF kami mendapat keberkatan … dengan SAIE kami merasai kepuasan.
Itulah dia slogan اعتمرنا yang telah rasminya dilancarkan pada hari ini. Semoga Allah mempermudahkan semua urusan kita untuk melaksanakan Umrah dan menjemput anda semua ke Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah.
Selamat mendaftar! All the best!
Ustaz Syaharuddin Shahari