tulisan jawi khat

Keputusan Mahkamah yang menolak tuntutan membatalkan arahan penggunaan tulisan Jawi pada papan tanda premis perniagaan di negeri ini telah menjelaskan kedudukan tulisan Jawi dalam perundangan.

Keputusan Mahkamah menolak tuntutan supaya dibatalkan arahan penggunaan tulisan Jawi pada papan tanda premis perniagaan di Kuantan menggembirakan rakyat khususnya umat Islam.

Ketua Muslimat PAS Negeri Pahang, Ustazah Salamiah Mohd Nor berkata, malah terdahulu keputusan seumpama telah diputuskan dalam kes yang lain, sekali gus tidak wajar mana-mana pihak mencabarnya lagi.

Garis panduan tulisan jawi

Namun, beliau kesal terdapat pihak-pihak yang berterusan memarakkan api perkauman dan kebencian mempengaruhi bangsa bukan-Melayu terutamanya untuk menolak Jawi, sedangkan tulisan Jawi tidak langsung mengganggu perniagaan mereka.

“Tulisan Jawi merupakan asal huruf tulisan bagi negara ini sebagai Tanah Melayu, termasuk di era penjajahan Jepun dan British serta digunakan pada semua dokumen penting negara termasuk watikah kemerdekaan.

“Ia didukung bersama ketika itu kaum Melayu, Cina dan India tanpa ada sentimen rasis seperti sekarang yang dilihat sengaja ditiupkan pihak tertentu menjadi Islamophobia. Ini agenda jahat untuk memecahbelahkan masyarakat majmuk.

Tulisan Jawi

Sedangkan tulisan Jawi seperti juga tulisan Cina dan Tamil menjadi pengikat perpaduan kaum selama ini. Penggunaan Jawi juga meluas secara rasmi contoh pada mata wang yang semua rakyat Malaysia gunakan.

Ini tidak termasuk dalam perniagaan, baik dari kaum dan penganut agama mana sekalipun, mahu mendapatkan logo Halal pada produk mereka untuk pasarannya dibeli semua pengguna.

Beliau juga menzahirkan rasa tidak bersetuju dengan tindakan syarikat milik bukan-Islam menggunakan tulisan Jawi pada produk keluaran mereka di mana ianya boleh mengelirukan serta mempengaruhi pengguna.

Maybank Islamik Jawi Pahang

Keputusan mahkamah itu bermakna arahan sejak tahun lalu itu boleh terus dilaksanakan dan berharap pihak berkuasa memantau serta mengambil tindakan terhadap pihak yang masih mengabaikan atau ingkar arahan itu.

Ustazah Salamiah menggesa pihak yang terus menanam prejudis dan menyerlahkan sikap ekstrem melampau dengan memangsakan tulisan Jawi itu menghentikan sikap tersebut yang hanya menjurus kepada pertelingkahan.

“Hentikan isu ini serta-merta dan terima keputusan ini tanpa dalih dan alasan lagi. Perlu diingat, negara ini asal usulnya rumpun Melayu di mana Jawi telah menjadi tulisan rasmi yang digunakan sebelum ini,” ujarnya.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge