Little Huffaz Omar Hana

Berikutan kejayaan kempen permulaan hafazan al-Quran ‘Mini Little Huffaz’, siri animasi kartun islamik ‘Omar & Hana’ kembali dengan ‘Little Huffaz’, pertandingan hafazan Al-Quran melalui platform digital yang pertama kali diadakan untuk kanak-kanak. Little Huffaz bertujuan untuk menggalakkan kanak-kanak di seluruh dunia menghafal Al-Quran serta menanam rasa cinta terhadap ayat suci Al-Quran.

Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori umur, iaitu 3 dan 4 tahun dan 5 hingga 8 tahun. Setiap peserta dikehendaki memilih surah mengikut senarai kategori umur mereka, dan kemudian memuatnaik rakaman video hafazan melalui laman web rasmi Little Huffaz atau laman media sosial.

Little Huffaz Omar Hana Timeline

Peserta akan dinilai oleh barisan juri antarabangsa termasuklah Mufti Ismail Menk, Ustaz Yusuf Mansur, Ustaz Don Daniyal, Qari Youssef Edghouch, Furqan Fawwaz dan Mimi Jamilah. Penilaian setiap penyertaan akan berdasarkan hafalan, kefasihan, tajwid, dan kreativiti.

Hadiah kemenangan bagi pertandingan ini merupakan wang tunai bernilai USD500 dan piala untuk tempat pertama, USD350 untuk tempat kedua, USD250 untuk tempat ketiga, USD150 untuk tempat keempat dan akhirnya USD100 untuk tempat kelima. Setiap pemenang juga akan menerima barangan eksklusif Omar & Hana serta e-sijil.

Pendaftaran untuk pertandingan Little Huffaz ini dibuka dari 19 Oktober sehingga 6 November 2020. Untuk mendaftar, calon yang berkelayakan boleh melayari ohittlehuffaz.com dan terus ke halaman ‘Cara Menyertai’ untuk menghantar penyertaan. 

Little Huffaz Omar Hana Prizes

Terdapat lima peringkat bagi pertandingan ini, iaitu:

  • Peringkat 1: Peserta menghantar video hafalan
  • Peringkat 2: Pemilihan 40 peserta terbaik
  • Peringkat 3: Pemilihan 20 peserta terbaik
  • Peringkat 4: Pemilihan 5 peserta Terbaik
  • Peringkat 5: Penilaian secara langsung di peringkat akhir

Sebelum ini, ‘Mini Little Huffaz’, yang diadakan pada 3 September hingga 26 September, telah mendapat sambutan yang menggalakkan iaitu sebanyak 260 penyertaan dari 17 negara yang berbeza termasuk Malaysia, Indonesia dan United Kingdom.

Poster Litte Huffaz

Ikuti laman media sosial rasmi, langgan ke saluran YouTube ‘Omar & Hana’ atau layari laman web ohittlehuffaz.com  untuk maklumat lanjut.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge