fara niqab

Subhanallah. Sesungguhnya ALLAH memberi hidayah kepada insan yang dikehendakinya dengan pelbagai cara.

Dan beruntunglah jika kita menjadi insan yang terpilih menerima hidayah dariNya. Seperti perkongsian seorang gadis Syarifah Furaiha yang sangat memberi inspirasi.

Kisah hidupnya di mana suatu ketika dulu nyata jauh berbeza dengan kehidupan yang dilaluinya sekarang.

Fara Niqab

Like I said, it’s always about where we end not about the beginning. Fara terpanggil nak share pengalaman Fara berniqab dengan semua.

Fara tak pernah cerita ini ke public. Mungkin, ada pengajaran yang boleh diambil. Ambillah.

Family Fara memang suka sukan bermotor, so memang selalu ke track race dari kami kecil. Sebab itu Fara pun pernah pegang payung tepi track. Bila dah berpayung tepi tu, ramailah lelaki yang mintak bergambar.

Selepas spm, waktu cuti tengah tunggu result itulah first time Fara start pakai purdah. Saja cuba-cuba. Sebab inspired nak jadi baik dan tutup aurat. Padahal waktu tu tak tutup aurat pun lagi.

Tapi keinginan tu ada. Itu fitrah manusia, walaupun jahat macam mana sekalipun, deep down inside, mesti dia akan ada rasa cinta kepada kebaikan walaupun cuma sekelumit.

Sebelum tu takpayah cerita. Zaman muda-muda dulu Fara buat freelance modelling. Rambut pun takyah cerita, macam-macam warna pun pernah. Sebab dulu tak kisah halal ke haram, sah wuduk ke tak. Kuku pun macam-macam warna.

Sekarang dah tak risau tentang solat sebab dah ada Inai Republic. Tibehhh

Kalaulah media sosial zaman dulu dah maju macam sekarang, rasanya followers di semua platform mesti beratus-ratus ribu.

So Fara sangat syukur dulu tak semaju sekarang. Kalau tak, lagi banyaklah dosa yang dikumpul. Nak padam pun payah.

Baju pun takyah ceritalah, semua jenis ada. So bila Fara berubah drastik dari segala jenis pakaian mini-mini kepada tudung labuh, lengkap dengan abaya dan niqab. Tambah full black pulak tu, pastiiiiii semua orang tak boleh brain lantas ku dilabel sesat.

But it’s okay. Mesti ada penyebab yang kukuh kan kenapa jadi macamtu. Bila Allah dah nak bagi hidayah.

Syarifah Furaiha Inai Republic

Fara ingat lagi dulu, bila nak start pakai tudung tapi cari dalam almari tak ada tudung. Terpaksalah cari tudung-tudung zaman dulu nenek punya. Fara pernah tak keluar rumah 2-3 bulan because I don’t have a proper covered outfit kalau nak keluar rumah.

Kang dapat dosa pula tak memasal.

Fara ingat lagi dulu pernah gunting satu tudung hitam dan jahit sendiri nak dijadikan purdah. Sebab nak sangat pakai purdah tapi nak beli kat kedai atau online tak semudah sekarang.

Fara masih ingat beberapa tahun lepas, Fara pm dan mesej merayu sorang-sorang photographer yang pernah shoot gambar Fara untuk padam semua gambar Fara freehair ni website, fb, laptop dan semua medium.

Tapi tak berhasil, bahkan dorang siap gelakkan dan block terus. Fuh bukan mudah ya ujian nak jadi baik.

Hidup ini memang proses. Mula-mula dari seluar, tukar pakai tudung bawal dengan baju kurung. Then start pakai handsock, lepastu pakai stokin. Kemudian labuhkan tudung tutup dada. Dari baju kurung kemudian tukar pakai abaya (jubah). 

Then start pakai tudung labuh.

Then cuba pakai purdah (nampak kening), kemudian last sekali baru pakai niqab (nampak mata je). Benda ni susah tau sebab perempuan fitrah dia memang suka tunjuk dia cantik walaupun dia cantik ke tak tu soal no dua hahaha 

Dari pakai warna warni, then Fara pakai fully black. Plain. Tapi I never say that this is the best outfit, and other than this semua tak elok.

Lepas spm, Fara struggle nak kekalkan pemakaian ini sebab Fara sambung belajar ke Moscow, Russia. Dari hari bertukar minggu, minggu bertukar bulan hinggalah hampir setahun.

It was one of my biggest struggles waktu tu. Dia macam takkan la aku nak u-turn balik pakai macam dulu (pakai up to date dan sexy). Tapi inilah waktunya nak enjoy, muda lagi kan, belajar kat europe pulak tu. Bukan Malaysia.

And Rusia tu adalah salah satu negara yang super bebas tau. Macam-macam pengalaman dapat selama berada kat sana.

Tapi disebabkan lifestyle dan pemakaian plus pergaulan kat sana Fara rasa dah tak masuk dengan jiwa so Fara decide nak berhenti dan sambung belajar ke Mesir. Nak cari Islam katanya.

Long story short, bila ke Mesir finally Fara jumpa pertama yang selama ini Fara cari. Baru sedar, dulu rupanya hanya luaran aku je yang berubah. Hati masih sangat kotor dan jijik. Bila kita merasa diri kita baik dan orang lain buruk, itu adalah sifat syaitan yang perlu kita tinggalkan.

Dulu Fara silap. Fara ingatkan pakai niqab tu dah cukup baik. Tapi Fara lupa, hati, adab dan akhlak perlu selari dengan pakaian. Orang yang baik, bahasa dia baik. Apa yang dari hati, akan keluar ke mulut.

Dulu disebabkan pakaian kita bagus, kita rasa orang lain yang tak sama macam kita ni pasti ke neraka. Tapi kalau fokus pakaian je bagus, bertutup litup, tapi mulut puaka, mulut jahat, hati tak bersih pun bahaya juga.

Mengata orang, mengumpat orang, dengki dengan orang adalah perkara yang tak sepatutnya dilakukan sesiapa pun walau apa pun pakaian kita. Bila Fara ke Mesir, Fara jumpa dengan Syeikh Fara yang betul-betul mengubah diri dan dalaman Fara.

Syeikh

Syeikhlah orang yang ajar Fara tentang hati. Tentang tasawwuf (penyucian diri), tentang bahawa pakaian ini Allah tak pandang pun melainkan hati kita. Beberapa tahun dengan Syeikh memang betul-betul mengubah cara fikir dan cara pandang Fara.

Fara dulu dan sekarang dah tak sama lagi. Dulu Fara kasar (masih kasar tapi dulu lagi teruk), baran, suka marah, tak sabar, degil dan rasa diri bagus tapi sekarang adalah lebih baik daripada dulu walaupun masih lagi teruk.

Kalau dulu orang cuit-cuit dan cari pasal dengan kita mesti Fara tak lepaskan tapi sekarang Fara senyum je. Kita faham yang menggerakkan manusia itu Allah, dan Allahlah disebalik apa yang berlaku dalam hidup ini.

Kita muhasabah dan perbaiki. Apa yang kurang. Kalau ramai perasan Fara memang berkawan dengan semua orang tak kisahlah dia suka make up ke, freehair ke seksi ke. Fara sangat welcome dorang.

So tak perlulah dm dan pm Fara marah-marah kenapa itu ini sebab siapalah kita nak judge siapa-siapa. Fara dulu lagi teruk dari itu so who am I to judge? Suka menghukum inilah perkara pertama yang Syeikh cantas dari Fara.

So leave it tentang hukum menghukum ini kepada Allah.

Kita bukan Tuhan so tak perlu buat kerja Tuhan.

Fara Inai Republic

Anyway I’m so happy dan sebak dengan perubahan Neelofa dan Fara sangat faham apa yang Lofa buat ini cukup besar sebab Lofa sanggup tinggalkan dunia walaupun pada ketika dia berada dikemuncak kejayaan.

Moga Allah rahmati dan kuatkan Neelofa and for those who are reading, I wish you all the best too. Mohon doakan Fara juga 

Kita ni tak baik. Tapi kita cuba jadi baik dengan improve diri kita walaupun sekecil 1% sehari. Dengan izin Allah, share jika bermanfaat.

#inspiration
#Bismillahirrahmanirrahim

5 Comments

  1. Bagi kebanyakan insan, kisah hatinya dijentik Ilahi untuk kembali ke jalan benar sering dirahsiakan. Mungkin malu kerana dosa silam, mungkin tidak mahu ditafsir sebagai macam bagus.

    Namun, kadang-kadang ada yang berlapang dada berkongsi seperti ini. Moga perkongsiannya menjadi bahan rujukan bukan bahan cacian.
    Aka recently posted…105 Template Headline PADU. Salin dan Pinda Ikut Keperluan.My Profile

    1. Author

      Inshaa Allah. Moga menjadi iktibar dan menjentik hati Hamba Allah yang lainnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge