Matahari TIRUAN BUATAN china

Apabila saat kiamat berlaku, segala apa yang ada di muka bumi ini akan hancur. Ini termasuklah gunung ganang, matahari, langit bahkan semua yang ada akan hancur menjadi debu pada kali pertama tiupan sangkalakala berlaku.

Di dalam surah At-Takwiir ayat 1-6 bermaksud “apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap), dan apabila bintang-bintang gugur berselerak, dan apabila gunung-ganang di terbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu), dan apabila unta-unta yang bunting terbiar, dan apabila binatang-binatang liar dihimpunkan, dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur, saat itulah dunia akan hancur.

Di dalam al-Quran, jelas mengatakan apa yang ada di dunia ini semasa kedatangan manusia ke dunia sudah dicipta terlebih dahulu oleh Allah untuk “kegunaan” hamba-hambaNya dengan pelbagai asbab.

Matahari

Salah satu ciptaan Allah untuk kegunaan makhluk ialah matahari yang menjadi sumber kehidupan kepada manusia. Cahayanya yang terang mampu menerangi keseluruh dunia. Walau memiliki suhu panas tetapi tenaga matahari sangat bermanfaat bagi benda hidup. Bahkan dikatakan kepanasan cahayanya memakan masa 8 minit untuk sampai ke bumi dan cahayanya yang terang boleh mengakibatkan sesiapa yang memandang akan menjadi buta.

Di sebalik kita harus menyakini rukun Iman dan Islam ternyata negara China mengumumkan berjaya mencipta matahari buatan pada Jumaat lepas. Dilaporkan oleh agensi berita AFP, ia penanda aras dan kemajuan besar negara panda itu dalam teknologi berasaskan nuklear.

The HL-2M #Tokamak, China’s new-generation “artificial sun,” went into operation on Friday and has achieved its first plasma discharge. The apparatus in #Chengdu#Sichuan Province, will help explore methods to provide clean energy through controlled nuclear fusion. pic.twitter.com/twk3ujBTLX

— Chinese Embassy in US (@ChineseEmbinUS) December 4, 2020

artificial sun China

Dinamakan HL-2M, ia masih di peringkat penelitian pakar-pakar nuklear dari negara berkenaan. Para saintis mereka mengharapkan penciptaan matahari buatan ini berpotensi membuka sumber tenaga bersih yang kuat.

Reaktor penghasilannya menggunakan medan magnet yang kuat untuk menyatukan plasma panas dan dapat mencapai suhu lebih dari 150 juta darjah celscius, lapor People’s Daily.

Ini bererti suhu panas yang dihasilkan oleh reactor matahari ini adalah 10 kali lebih panas dari matahari yang mencapai 15 juta darjah celcius. Kerana tenaga dan kepanasannya sangat besar, reaktor yang terletak di daerah Sichuan ini dijuluki sebagai matahari buatan.

Matahari Tiruan

We are in awe with this inspiring news that the Chinese artificial sun of the new generation was accomplished. Moreover, it has already achieved its first electric discharge in #Chengdupic.twitter.com/8H9ysstHJJ

— CHENGDU PLUS (@xwcd2015) December 4, 2020

Menurut China, perkembangan kuasa fungsi ini tidak hanya menyelesaikan masalah kekurangan sumber tenaga di negara mereka tetapi juga mampu mengukuhkan ekonomi China di masa akan datang.

Para saintis telah memulakan projek ini sejak 2006 dan menjalin kerjasama dengan Internasional Nuclear Fucian Research & Engineering Megaproject untuk menjayakan projek besar ini. Malah kos anggaran adalah sebanyak USD22.5 million.

Tokamak matahari tiruan

Persoalannya, mampukah kepandaian manusia (atas kehendak Allah jua) membentuk matahari sebegini sekaligus mengubah bentuk kejadian yang Allah ciptakan.

Jika dalam hal mengubah penciptaan Allah iaitu mengubah bentuk tubuh yang Allah ciptakan dengan melakukan pembedahan sudah jatuh hukum haram, apatah lagi dengan mencipta matahari. Atau ia sekadar satu kepandaian manusia?

Walluaha’alam

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge