Tabuh Masjid Kuala Dulang

Masjid Kariah Kampung Kuala Dulang adalah suatu nama yang terkenal dengan sejarah yang unik dan masjid yang tertua di daerah Jelebu, Negeri Sembilan.

Lokasi masjid tersebut yang dibina pinggir tebing sungai di Kampung Peninjau kira-kira 1 kilometer dari bandar Kuala Klawang. Ia merupakan masjid yang tertua di daerah Jelebu. Dato’ Nika dan Mudin Katib Raja dikatakan sebagai pengasas dan pendakwah dari Minangkabau yang mula-mula menyebarkan agama Islam di Jelebu.

Kedua-duanya juga dianggap peneroka yang membuka Kampung Peninjau. Mungkin ramai orang lama yang mengetahui kisah di sebalik Masjid Kampung Kuala Dulang ini.

Masjid Kampung Dulang yang lama

Masjid Kuala Dulang yang asalnya sebuah bangsal beratapkan ijok yang menjadi tempat pendakwah itu berteduh. Didirikan pada abad ke-16, iaitu zaman awal kedatangan Islam ke Jelebu. Pada awalnya, sudah tentu pembinaannya tanpa menggunakan paku.

Masjid lama ini juga mempunyai kisah misteri yang melibatkan asal usul nama masjid Kuala Dulang ini. Peristiwa kehadiran dulang yang berisi makanan dan tidak diketahui siapa yang menghidangkannya. Yang anehnya, seramai manapun jemaah yang hadir, makanan itu tetap cukup tanpa perlu ditambah untuk semua termasuk musafir.

Kejadian itu berlarutan berberapa tahun sehinggalah kemudiannya dulang itu hilang begitu sahaja tanpa diketahui siapakah empunyanya.

Masjid Kariah Kampung Dulang

Pada hari ini, masjid ini masih lagi digunakan dengan aktif. Walaupun beberapa perubahan telah dilakukan terhadap masjid ini, keaslian struktur asalnya masih lagi dapat dilihat hingga ke hari ini.

Tempat solat masjid
Kolah air sembahyang
Tempat wuduk
Beranda Masjid

Cerita lama yang diperkatakan mengenai keistimewaan masjid berkenaan hingga menyebabkan ramai orang datang termasuk dari luar negeri ini yang singgah dan bermusafir di masjid ini.

Setakat ini, tidak ada pihak yang tidak bertanggungjawab menjalankan aktiviti berbentuk khurafat di masjid dan kawasan sekitarnya, sebaliknya kebanyakan yang datang hanya untuk beribadat.

Tabuh Masjid Kampung Dulang

Penulis mendengar sendiri kisah yang diceritakan oleh Mat Zain Yaacob selaku Pengerusi Masjid dan Imam II Kariah Kuala Dulang, Abu Zarin Maarof. Tabuh yang diperbuat daripada kayu hutan dan kulit lembu untuk diketuk bagi memberitahu masuk waktu sembahyang juga masih dikekalkan. Usia peralatan tabuh itu dikatakan sama dengan usia masjid iaitu pada abad ke-16.

Makam Tok Bilal dan Pawang Jelebu

Penulis juga bertanya kepada Pengerusi Masjid Kuala Dulang mengenai banjir yang melanda kawasan itu pada masa dulu. Banjir besar berlaku dua kali iaitu sebelum merdeka dan pada awal tahun 70-an. Ramai penduduk yang pelik dengan kejadian itu kerana masjid berkenaan terletak di tepi tebing sungai sedangkan semua rumah penduduk ditenggelami air hingga paras pinggang.

“Ada seperti ranting kayu di sungai ketika itu. Ia seolah-olah mengalihkan air banjir dari masuk ke kawasan masjid”

Begitulah kisahnya rumah ALLAH yang mempunyai kelebihannya tersendiri. Apa yang perlu dilakukan adalah terus beribadat di rumah ALLAH. Jagalah hubungan kita dengan ALLAH dan juga hubungan kita dengan Manusia…

Iman dan pengerusi masjid

Masjid Kariah Kuala Dulang,
Jelebu, Negeri Sembilan Darul Khusus.
8 September 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge