20210128 191539 0000

Kerajaan bersetuju menyediakan bantuan khas secara sekali bayar atau ‘one-off’ sebanyak RM500 kepada pemandu teksi, bas dan perkhidmatan pengangkutan e-hailing serta pemandu pelancong.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bantuan membabitkan peruntukan tambahan sebanyak RM66 juta itu akan memanfaatkan 14,000 pemandu pelancong serta 118,000 pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing.

Pakej Bantuan Khas PKP 2.0 Senarai 22 Bantuan Perlindungan Ekonomi Rakyat Malaysia PERMAI11 750x614 1

Inisiatif 15 : Menyediakan Bantuan Kewangan One-Off kepada Pemandu Teksi dan Bas.

  • Bantuan kewangan ‘one-off’ sebanyak RM500 dengan peruntukan tambahan sebanyak RM66 juta.
  • Diberikan kepada 14 ribu pemandu pelancong, 118 ribu pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing.
  • Para pemohon boleh membuat permohonan masing-masing menerusi Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD). Maklumat lanjut akan diberitahu oleh APAD dalam masa terdekat.
  • Sehingga kini, rekod terdahulu menunjukkan terdapat kira-kira 600 pemohon yang layak tetapi masih belum berdaftar dengan APAD, sekaligus menyukarkan proses penyaluran bantuan dibuat.

Selain itu, Kerajaan kini memberi layanan pengecualian duti eksais dan cukai jualan bagi tujuan pindah milik, pelupusan dan kegunaan persendirian teksi dengan syarat kenderaan dimiliki selama lima (5) tahun, berbanding tujuh (7) tahun sebelum ini. Syarat yang dilonggarkan ini akan bermula 1 Januari hingga 31 Disember 2021.

PAKEJ BANTUAN PERLINDUNGAN EKONOMI DAN RAKYAT MALAYSIA PERMAI

MOT berharap PERMAI ini akan memberi satu kelegaan dan nafas baharu kepada rakyat Malaysia secara menyeluruh khususnya kepada pemain-pemain dalam industri pengangkutan dalam mengharungi waktu sukar akibat pandemik COVID-19.

3 Comments

  1. How to change bank information because the money that was approved. But the bank account is no longer active
    For bas persiaran driver

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge