i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.
Mulai 8 Mac 2021, kelayakan permohonan kemudahan i-Sinar akan ditambah baik iaitu:
- Ahli KWSP (termasuk Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara)
- Berumur di bawah 55 tahun
- Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM150
Kriteria pengurangan pendapatan tidak lagi terpakai untuk permohonan i-Sinar tanpa kriteria ini. Anda tidak lagi perlu untuk mengemukakan dokumen sokongan kerana permohonan tersebut akan diproses berdasarkan kelayakan.
Pindaan Amaun Pengeluaran i-Sinar
Anda boleh memohon untuk meminda amaun pengeluaran i-Sinar sekiranya permohonan anda telah diluluskan tertakluk kepada:
- Pilihan pindaan ini hanya dibenarkan dibuat sekali sahaja.
- Amaun pindaan adalah berdasarkan kelayakan maksimum pengeluaran semasa permohonan asal dibuat.
Proses kelulusan satu-satu pindaan adalah dalam tempoh LIMA (5) hari bekerja. Ia akan berkuatkuasa untuk bayaran pengeluaran seterusnya mengikut jadual bayaran yang baharu
Perbezaan amaun yang dipinda akan dibahagikan secara sama rata berdasarkan baki bilangan bayaran pengeluaran.
Cara Mohon Pindaan Amaun Pengeluaran i-Sinar
- Log Masuk i-Sinar di sini: https://isinar.kwsp.gov.my dan Pilih Pindaan Pengeluaran
- Masukkan Nombor MyKad / MyPR dan Nombor Telefon Bimbit
- Tick kotak Saya bukan robot
- Tekan butang Teruskan
- Nombor One Time Password (OTP) akan dihantar melalui SMS dan Isikan nombor OTP
- Tekan butang Sahkan OTP
- Anda kini berada di bahagian PINDAAN PENGELUARAN I-SINAR
- Masukkan maklumat berikut:
- Nama Penuh
- Nombor MyKad
- Nombor Telefon Bimbit
- Alamat Surat Menyurat
- Untuk bahagian Amaun dimohon, sila berikan perhatian agar tidak membuat kesilapan lagi.
- Semak Amaun Pilihan Terdahulu
- Semak Amaun Kelayan Keseluruhan
- Masukkan Amaun Pilihan Baharu
- Sila tarik amaun seperti yang dikehendaki. Contohnya, jika anda layak RM10,000, tarik sehingga habis sehingga amaun menunjukkan jumlah RM10,000.
- Tick kotak untuk pengesahan bahawa semua maklumat adalah benar; dan anda juga telah membaca, memahami dan bersetuju dengan Terma dan Perakuan yang dikehendaki oleh KWSP
- Tekan butang Teruskan
- Permohonan pindaan pengeluaran iSinar anda kini sudah selesai
Pembatalan Pengeluaran i-Sinar
Anda boleh membatalkan pengeluaran i-Sinar sekiranya permohonan tersebut telah diluluskan. Tarikh akhir permohonan i-Sinar adalah pada 30 Jun 2021
Bagaimanapun, tarikh akhir Ahli boleh membuat permohonan pindaan maklumat pengeluaran dan pembatalan i-Sinar adalah sebelum 31 Disember 2021.
Cara Mohon Pembatalan Pengeluaran i-Sinar
- Log Masuk i-Sinar di sini: https://isinar.kwsp.gov.my dan Pilih Pembatalan Pengeluaran
- Isikan nama penuh dan nombor MyKad atau MyPR.
- Tekan butang BATAL.
Setelah pembatalan i-Sinar diluluskan, tiada bayaran seterusnya akan dibuat. Kesan pembatalan pengeluaran i-Sinar adalah bayaran seterusnya akan dihentikan.
Anda tidak boleh memohon semula sekiranya telah membuat pembatalan pengeluaran i-Sinar.
Sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03 – 8922 4848.