Hukum Bayar zakat isinar ilestari

Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS) berpandangan ahli KWSP beragama Islam yang membuat pengeluaran kemudahan i-Sinar bagi tujuan perbelanjaan keperluan asas (hajah asliyah) seperti tempat tinggal, makan dan minum, kesihatan, pendidikan dan pengangkutan atau membayar hutang, tidak diwajibkan membayar zakat ke atas pengeluaran yang dibuat.

Namun begitu, ahli KWSP beragama Islam dinasihatkan untuk menunaikan kewajipan membayar zakat ke atas semua pengeluaran simpanan KWSP (termasuk i-Sinar) yang telah sempurna milik sekiranya tidak digunakan bagi tujuan perbelanjaan keperluan asas diri sendiri serta tanggungan ataupun membayar hutang dan mencapai nisab.

Memandangkan pandemik COVID-19 ini telah menyebabkan ketidaktentuan ekonomi dan tahap kesukaran yang terpaksa dihadapi oleh ahli boleh berubah dari masa ke masa, JKPS berpandangan adalah wajar untuk ahli KWSP menunggu sehingga haul sebelum membayar zakat.

Hukum Zakat i Sinar

Ahli juga dinasihatkan untuk merujuk pihak berkuasa zakat negeri berhubung pembayaran zakat simpanan KWSP.

Nota:

  1. Simpanan sempurna milik merujuk kepada simpanan yang boleh dikeluarkan dan digunakan tanpa sekatan.
  2. Nisab merujuk kepada paras minimum sesuatu harta yang diwajibkan zakat yang bersamaan dengan nilai semasa 85 gram emas.
  3. Haul merujuk kepada haul zakat bagi ahli yang beragama Islam.

Contoh pengiraan zakat simpanan KWSP adalah seperti berikut:

Contoh 1: Ahli kehilangan pekerjaan sejak bermula pandemik COVID-19 yang menjejaskan perbelanjaan keperluan asas dan hutang sebanyak RM36,000.

Contoh Bayar Zakat iSinar

Contoh 2: Ahli mengalami pengurangan pendapatan yang menjejaskan perbelanjaan keperluan asas sebanyak RM1,000 sebulan (RM12,000 setahun).

Bayar Zakat iSinar

Nota:

* Contoh: Haul zakat dari bulan Ramadhan 1441H (April 2020) – Sya’ban 1442H (Mac 2021).

** Nisab Wilayah Persekutuan tahun 2021: RM20,299 (ahli perlu merujuk kadar nisab yang ditentukan oleh pihak berkuasa zakat di negeri masing-masing).

Bagi mereka yang tiada pendapatan namun memiliki harta yang cukup dan tidak terkesan secara langsung, misalnya mempunyai jumlah simpanan yang tinggi, golongan pesara yang tiada komitmen atau mereka yang tidak berkerja tetapi mempunyai harta yang mencukupi dan mampu menyara hidup, maka pengeluaran yang melebihi nisab juga perlu dizakatkan.

Seperti syarat wajib zakat, pemilik harta mestilah seseorang yang beragama Islam kerana zakat disyariatkan kepada orang Islam sahaja.

Orang ramai yang mempunyai kemusykilan boleh berhubung dengan PPZ-MAIWP di talian 1300885757 atau emel ke [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge