AJL 35 live

Anugerah Juara Lagu merupakan sebuah pertandingan muzik tahunan berprestij yang dianjurkan oleh stesen penyiaran TV3 bagi mengangkat karya komposer, penulis lirik dan penyanyi tanah air sejak tahun 1986.

Setiap lagu yang dipertandingkan telah melalui pencalonan di program mingguan Muzik-Muzik, seterusnya bertanding di pentas Muzik-Muzik Separuh Akhir dan akhirnya 12 buah lagu terbaik dipilih untuk bertanding di Anugerah Juara Lagu.

Anugerah Juara Lagu 35 akan menobatkan Juara Lagu, Tempat Kedua, Tempat Ketiga, Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik.

12 Finalis AJL 35

Tirai persembahan AJL35 dibuka dengan persembahan Ratu Rock, Ella bersama Naim Daniel dan Yonnyboii. Selain itu, buat kali pertama, lagu istimewa nyanyian Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Siti Nordiana dan Tuju yang berjudul Baik Semula akan dipersembahkan.

Lagu berkenaan berkisar situasi yang berlaku di Malaysia sekarang. Selain itu, persembahan interlude AJL35 bertemakan Projek Band akan menampilkan Hujan, Hazama & The Penglipur Lara dan Akim & The Majistret.

Semua kumpulan akan mempersembahkan aksi medley dan ‘mash up’ lagu terbaik, sambil bergandingan dengan Misha Omar, Dayang Nurfaizah dan Ziana Zain. Manakala, Awal Ashaari, Sherry Alhadad dan Haziq Hussni selaku hos akan mengendalikan acara berprestij dalam situasi norma baharu.

Tonton AJL 35 secara langsung di TV3 atau YouTube TV3 bermula jam 9 malam ini. (Double klik player di bawah)

AJL 35

Finalis Anugerah Juara Lagu 35

Berikut senarai finalis AJL 35 pada malam ini:

LAGUPENYANYIKOMPOSERLIRIK
7 NASIHATSHIHA ZIKIR, KMY KMO & LUCA SICKTAKMY KMO & LUCA SICKTAKMY KMO & LUCA SICKTA
AKU BIDADARI SYURGAMUAISHAHIPPO HAFIZSITI ROSMIZAH
BELENGGU RINDUWANY HASRITA & JAMAL ABDILLAHHAEL HUSAINI & EZRA KONGHAEL HUSAINI & EZRA KONG
EHZIZI KIRANANAVIGATOR & ZIZI KIRANAMAMBANG & ZIZI KIRANA
GILAKAKA AZRAF, TUJU, NOKINOKI, LOCA B & EZRA KONGNOKI, LOCA B & EZRA KONG
GUNDAHERNIE ZAKRIERNIE ZAKRI & SHARON PAULERNIE ZAKRI & SHARON PAUL
HATIHAEL HUSAINIHAEL HUSAINI & EZRA KONGHAEL HUSAINI & EZRA KONG
HUTANGFLOOR 88ZAI HAMZAHACHOI FLOOR 88
JANGAN KHIANATI AKUAZLAN & THE TYPEWRITERDARKDARK
KAU SAKITIAMIR MASDIFAIZAL TAHIR, MIKE CHAN, EZRA KONG, ROMEO & MAGEFAIZAL TAHIR, MIKE CHAN, EZRA KONG, ROMEO & MAGE
PELUANG KEDUANABILA RAZALIHAEL HUSAINI & MFMF.HAEL HUSAINI & MFMF.
SEMALAMAINA ABDULAINA ABDULAINA ABDUL

Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu 35

Juara Lagu – Kaka Azraf, Tuju, Noki
Tempat Kedua – Aina Abdul
Tempat Ketiga – Wany Hasrita dan Dato’ Jamal Abdillah
Vokal Terbaik – Ernie Zakri
Persembahan Terbaik – Zizi Kirana

Akujanji AJL 35

Pasukan produksi Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) mengharapkan pertandingan tersebut akan berlangsung tanpa sebarang kontroversi seperti tahun lalu (AJL34) serta mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku dan akan memastikan semua finalis mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Justeru, penganjuran AJL kali ini akan dikendalikan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketat, dan finalis AJL35 diwajibkan menandatangani aku janji yang telah disediakan oleh Jabatan Perundangan syarikat agar tidak menonjolkan elemen yang boleh mencetuskan kontroversi dalam persembahan

Senarai Pemenang AJL Sepanjang Zaman

Berikut senari pemenang AJL dari tahun 1986 – 2019.

TAHUNAJLLAGUPENYANYI
19861Sekadar Di PinggiranFRANCISSCA PETER
19872Menaruh HarapanZAITON SAMEON
19883Kau Kunci Cintaku Di Dalam HatimuRAMLAH RAM
19894IsabellaSEARCH
19905Janji ManismuAISHAH
19916Takdir Dan WaktuMEGA
19927Pada Syurga Di WajahmuDATO’ NASH
19938Teratai Layu Di Tasik MaduFAUZIAH LATIFF
19949Tanya Sama Itu Hud HudDATUK M. NASIR
199510Cinta Beralih ArahAISHAH
199611Jerat PercintaanDATO’ SRI SITI NURHALIZA
199712Ghazal Untuk RabiahDATUK M. NASIR & DATO’ JAMAL ABDILLAH
199813CindaiDATO’ SRI SITI NURHALIZA
199914AndalusiaDATUK M. NASIR
200015BalqisDATO’ SRI SITI NURHALIZA
200116Mimpi LailaYASIN
200217KeliruNURUL & AJAI
200318Bunga-Bunga CintaMISHA OMAR
200419Relaku PujukSPIDER
200520GemilangJACLYN VICTOR
200621Terlalu IstimewaADIBAH NOOR
200722Itu KamuESTRANGED
200823Lagu UntukmuMEET UNCLE HUSSAIN
200924PergiAIZAT AMDAN
201025Tolong Ingatkan AkuANA RAFFALI
201126Awan NanoHAFIZ SUIP
201227Terukir Di BintangAIZAT AMDAN | PENYANYI ASAL: YUNA
201328Bahagiamu DeritakuHAFIZ SUIP
201429Apa KhabarJOE FLIZZOW FT. SONAONE
201530PotretAKIM & THE MAJISTRET
201631Lelaki TeragungDAYANG NURFAIZAH
201732JampiHAEL HUSAINI
201833HaramDAYANG NURFAIZAH & HAEL HUSAINI
201934SumpahNAIM DANIEL

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge