Sultan Selangor Pertahan Kalimah ALLAH

Penggunaan kalimah ALLAH dalam sebarang penerbitan agama Kristian di Selangor bercanggah dengan undang-undang dan fatwa yang diwartakan di negeri ini pada 18 Februari 2010.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, fatwa itu secara jelas memperuntukkan bahawa kalimah ALLAH tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.

Wajib bagi umat Islam untuk menyekat penggunaan kalimah ALLAH jika terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah ALLAH tersebut.

“Penggunaan kalimah ALLAH untuk menyatakan idea, konsep, perbuatan, aktiviti, perkara atau hal mengenai sesuatu agama bukan Islam di dalam negeri Selangor merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 9 Enakmen Ugama Bukan Islam (Pengawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam, 1988)”

word Allah protes sabah bernama
Gambar Bernama

MAIS turut menzahirkan kebimbangan terhadap penggunaan kalimah suci itu oleh orang bukan Islam dalam penerbitan agama Kristian kerana ia boleh membuka ruang kepada pihak-pihak tidak bertanggungjawab untuk menyebarkan atau mengembangkan agama bukan Islam kepada orang Islam khususnya di negeri ini.

MAIS menyokong penuh tindakan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pihak kerajaan Malaysia untuk merayu keputusan tersebut.

MAIS turut menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Selasa yang melarang penggunaan kalimah ALLAH dalam kitab Bible (terjemahan Bahasa Melayu) atau percetakan apa-apa buku dan penulisan bagi agama Kristian di dalam negeri Selangor.

Sultan Selangor kalimah ALLAH
Kalimah ALLAH Sultan Selangor tegur

MAIS berpegang teguh dengan pendirian bahawa kalimah ALLAH merupakan suatu kalimah suci yang merujuk hanya kepada ALLAH iaitu Tuhan Yang Maha Esa yang menjadi asas keimanan orang Islam.

Kalimah tersebut tidak boleh digunakan atau disamakan dengan tuhan bagi agama-agama lain selain daripada agama Islam.

Adalah menjadi tanggungjawab MAIS sebagai pihak berkuasa utama berhubung dengan pentadbiran agama Islam di dalam negeri Selangor selepas Sultan Selangor untuk memelihara dan menjaga kesucian agama Islam termasuk menghalang penggunaan kalimah ALLAH oleh mana-mana orang jika kalimah tersebut jelas menyalahi maksud ALLAH yang menjadi teras akidah dan kepercayaan orang Islam.

Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge